Carian Anda

Selamat Datang...

Dengan lafaz Bismillah saya mulakan bicara...
Doakan semoga dikurniakan ilham dan kemudahan...

Musim untuk mengumpul duit. Mari mula menabung.

Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Monday, September 26, 2011

Jangan Dah Kena Baru Nak Akui Hak-Nya


"BODAH!! BONGANG!! BABO!! "

"Kau ni apesal mencarut-carut ni Ijal? Daripada mencarut tak tentu hala tu, lebih baik kau beristighfar.."

"Huh! Hmmmph... Fuuuuhh... Astaghfirullah. Astaghfirullah."

"Ha.. Dah tenang sikit? Cuba cerita sikit dekat aku apa masalah kau Ijal."

"Kereta aku kene curi! Kereta aku kene curi, Arul!"

"Erk.. Innalillah. Bila?"

"Pagi tadi masa aku nak hantar anak-anak aku pergi sekolah, baru aku perasan kereta aku tu dah lesap. Sejak aku dah renovate rumah, tambah bahagian depan, dah takde tempat untuk aku letak kereta dalam rumah. Jadi aku letak kat luar pagar, betul-betul depan rumah. Aku dah kunci habis semua, tapi masih juga kene curi. Aku datang pejabat ni pun naik teksi. Geram betul aku!!"

"Ishk.. Kau dah buat laporan polis?"

"Belom lagi. Tu yang aku datang pejabat dulu ni. Nak minta kau tolong temankan aku. Tak pun tolong pinjamkan kereta kau sekejap. Lepas buat laporan aku ingat nak jalan-jalan dulu tengok-tengok, manalah tau dapat jumpa kereta aku."

"Takpela Ijal, biar aku temankan kau. Jap, kita bagitau bos dulu."

"Ishk... Aku dapat pencuri tu, memang aku kerat 10 dia!!"

"Marah betul kau ni Ijal."

"Memang marah!! Tu jela kereta yang aku ada, Arul. Sport rim baru je aku tukar Sabtu lepas, minyak baru je aku isi penuh. Tu la kereta yang aku guna untuk hantar anak-anak aku pergi sekolah, hantar orang rumah aku pergi kerja, aku pergi kerja, balik kampung. Dah macam nyawa kepada keluarga aku."

"Sampai nak kerat 10?"

"Comfirm! Kalau aku dapat, memang aku takkan lepas!"


*****

Dua Tahun Sebelumnya

"Aku rasa hukum hudud tak patut dilaksanakan. Tak sesuai dengan keadaan kita kat Malaysia ni. Sesiapa yang membangkitkan nak laksanakan hukum hudud ni hanya orang bodoh dan berfikiran sempit"

"Ishk. Kenapa pulak kau cakap macam tu Ijal?"

"Hudud ni kejam sangat. Kau tengok, mencuri je potong tangan. Kalau dah potong tangan, macam mana dia nak teruskan kehidupan? Sekarang realiti zaman dah berubah. Kita boleh cuba bagi dia kerja kalau dia mencuri sebab tidak bekerja. Penjara pun dah cukup untuk menyedarkan mereka ini."

"Tapi hudud ni ditentukan oleh Allah, sesuai untuk setiap zaman dan keadaan. Ia adalah hak Allah Ijal!"

"Tapi aku masih melihatnya sebagai kejam Arul! Kejam!"

"Ilmu Allah itu Maha Luas dan tidak terbatas Ijal, tak terjangkau oleh ilmu manusia."

"Tuhan juga yang bagi kita akal untuk kita gunakan. Kita boleh gunakan untuk menghasilkan kreativiti dan inovasi bagi menyesuaikan hukumNya mengikut peredaran masa dan keadaan."

"Hudud ini adalah hak Allah! Dia yang tentukan, dan kita melaksanakan. Kitalah sepatutnya yang harus tunduk menyesuaikan masa dan keadaan mengikut hukum Allah. Bukan sebaliknya Ijal!"

"Kau jangan nak mempersoalkan kepercayaan aku Arul! Kau cuba tengok, negara kita negara berbilang bangsa dan agama. Bukan hanya Islam sahaja yang tinggal kat negara kita. Melaksanakan hukum ini hanya akan menghuru-harakan negara kita! Agama lain takkan dapat terima Arul!"

"Kenapa pula nak huru-hara? Hudud ini adalah untuk menjaga keamanan seluruh manusia daripada kezaliman manusia yang lain. Kita boleh fahamkan agama lain. Namun, kita umat Islam perlu terlebih dahulu yakin dan percaya dengan hukum Allah ini sebelum dapat mempercayakan orang lain!"

"Kau ekstrimis agama Arul! Ekstrimis yang tak pernah terbuka kepada pendapat orang lain. Negara kita akan berpecah-belah kerana ekstrimis agama yang macam ini!"


*****

Selepas Membuat Laporan Polis

"Kau dah berubah Ijal?"

"Berubah? Berubah apa Arul?"

"Kau dah menyokong hudud sekarang ni."

"...."

"Tak kesian ke kat pencuri kereta kau?"

".... Bukan aku tak kesian tapi..."

"Tapi geram? Marah? Kau terasa dizalimi, bukan?

"...."

"Hudud tidaklah sampai kerat 10. Hanya kerat sebelah pergelangan tangan. Itu pun dengan syarat yang ketat, teliti dan rapi. Bukan untuk menyeksa tetapi untuk menegakkan keadilan buat masyarakat disamping mendidik pencuri dan seluruh manusia lain agar jangan terjebak dengan kecurian".

"...."

"Hudud juga membantu orang yang dizalimi agar tidak pula menzalimi. Mungkin yang dizalimi itu tidaklah akan pergi melakukan kezaliman mencuri, tetapi hukum Allah, hudud melindungi yang dizalimi itu daripada melakukan kezaliman mengerat 10!"

*****

Setelah terkena batang hidung sendiri, barulah ramai manusia yang sedar betapa relevannya hukum Allah.

Janganlah apabila hak Allah dicabar kita hanya diam. Tetapi apabila hak kita sendiri tercabar, barulah kita marah. Jangan hanya apabila kita atau keluarga kita menjadi mangsa curi, rompak ragut, zina dan rogol... barulah kita menyokong hukum Allah!

Janganlah sesudah tersungkur baru kita mahu akur.

Inspirasi daripada buku "Beduk Diketuk" Bab Sudah Tersungkur Baru Akur tulisan Pahrol Muhamad Juoi.

Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih
.

Thursday, August 18, 2011

Ramadhan : Berpuasa Biar Betul Tujuan...


"Bulan Ramadhan ni la bulan yang paling sesuai untuk kita berdiet", kata seorang gadis kepada teman sebiliknya.

"Yeay, nasib baik la Ramadhan tahun ni datang dekat dah nak akhir sem. Puasa tak terasa letih sangat sebab dah takde kelas, exam je. Buka ngan sahur pulak kat masjid je. Uih, save bajet. Duit aku pun dah tinggal ciput je dalam bank tu", borak seorang pemuda kepada temannya sambil menanti pengumuman tarikh puasa Ramadhan di radio.

"Alhamdulillah, Ramadhan ni bulan Rahmat. Rezeki turun mencurah-curah dari Tuhan. Terutamanya bagi peniaga bazar Ramadhan macam mak cik ni. Datanglah gerai mak cik nanti ya", cerita seorang mak cik kepada jirannya.

"Ramadhan ni la waktu yang sesuai bagi pak cik untuk turunkan kandungan gula dalam darah pak cik tu", terang doktor kepada seorang pak cik tua berkopiah.

"Puasa ni dapat mengajar kita untuk merasai keperitan golongan orang-orang yang miskin", terang seorang ayah kepada anaknya.

Yang Mana Kita

Puasa di bulan Ramadhan mempunyai pelbagai cara untuk kita memandangnya. Dengan cara melihat itu nantilah yang akan menentukan siapa diri yang akan kita bawa ke dalam bulan Ramadhan, yang mana berpuasa ini menjadi suatu kewajipan bagi kita. Dan ini adalah kunci utama kepada menentukan kesan akhir (output) kepada nilai sebuah puasa di bulan Ramadhan. Sama ada natijahnya adalah bernilai sebuah takwa, atau hanyalah sekadar lapar dan dahaga.

Inilah yang dimaksudkan dengan kata-kata, "Siapa kamu, menentukan bagaimana kamu melihat" (Who you are determine how you see) dan "Cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat" (What you see is what you get).

Atas dasar kesihatan, untuk merasai kesusahan orang lain, agar boleh berdiet, untuk berhenti merokok, bagi meningkatkan ekonomi keluarga, apakah salah berpuasa kerana hal-hal ini? Bukankah ini adalah hikmah dan kebaikan yang diperoleh dengan berpuasa?

Ya. Memang benar ini adalah antara hikmah dan kebaikan yang datang bersama-sama dengan ibadah puasa. Namun, perkara-perkara ini adalah bersifat 'mendatang', yang mana ia bukanlah menjadi tujuan sebenar bagi sebuah kewajipan ibadah puasa.

Hidup Perlu Dengan Tujuan

Sesungguhnya agama Islam mengajar kita untuk hidup dengan ada tujuan. Ia adalah agama yang mengajar kita untuk peka dengan sense of purpose. Mengabaikan tujuan bermakna kita menghilangkan makna dalam perbuatan. Maka berteraburlah hikmah dan kebaikan di sana sini atas perbuatan yang tanpa tujuan itu

Melihat puasa sebagai mekanisme kesihatan tanpa hubung kait dengan menifestasi kehambaan kepada Allah, maka wujudlah manusia yang berpuasa tetapi tidak bersolat.

Memandang puasa sebagai peluang peningkatan ekonomi keluarga tanpa hubung kait dengan peluang mendekatkan diri kepada Allah, maka wujudlah manusia yang berpuasa tetapi tidak mengeluarkan zakat.

Megambil puasa sebagai masa untuk mengasihani orang-orang fakir tanpa hubung kait dengan peluang menghampiri kasihnya Allah, maka wujudlah manusia yang berpuasa tetapi membazir ketika berbuka.

Melihat puasa sebagai detik bagi beribadah yang tanpa bertuhan, maka wujudlah manusia yang berkejaran membaca al-Quran tetapi mengabaikan komitmen dan tanggung jawabnya ketika bekerja. 

Berpuasa tanpa bertujuan yang betul, maka puasanya itu kosong daripada diselimuti dengan roh tarbiah, hanya sekadar memberikan manfaat material semata-mata.

Dan puasa seperti inilah yang dikatakan sekadar mendapat lapar dan dahaga.


Beragama Dengan Rasa BerTuhan


Memetik tulisan Ustaz Hasrizal daripada bukunya yang bertajuk 'Transformasi Ramadhan' :

"Agama ialah pelatihan HIDUP DENGAN TUJUAN. Dengan mengabaikan soal BERTUJUAN DALAM PERBUATAN, agama bertukar menjadi permainan dan perlakuan yang bersifat sendaan ke atas kemanusiaan"

Salahkah sekiranya menginginkan segala hikmah dan kebaikan berpuasa Ramadhan?

Tidak salah. Namun semua itu kekal sebagai faedah-faedah tambahan dan sampingan sahaja, kerana itu bukanlah tujuan atau objektif sebenar bagi ibadah puasa.

Allah yang telah mensyariatkan ibadah puasa ini, dan Allah jualah yang telah menerangkan dengan sejelas-jelasnya TUJUAN SEBENARnya. 


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, MUDAH-MUDAHAN (dengan puasa itu) KAMU BERTAKWA"
(Al-Baqarah (2) : 183)

Maka, adakah ketakwaan itu yang menjadi tujuan puasa kita pada Ramadhan kali ini?

Mari sama-sama kita semak kembali di separuh masa kedua Ramadhan ini.

Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Thursday, June 23, 2011

Pak Cik Tua, Pemuda Berkot, Kad Kuasa dan Putera...

Matahari semakin meninggi. Panasnya terasa semakin mencucuk. Namun anginnya selesa dirasa. Menepuk-nepuk lembut pipi mereka yang berada di sepanjang laluan mereka.

Langit pula kosong tanpa awan. Di bawahnya, manusia mula sibuk dengan hal sendiri. Tidak terlepas juga seorang pak cik tua.

Dengan topi jerami bulat besar, pak cik tua itu tekun mencangkul tanah ladang miliknya. Sekali-sekala tangannya mengesat peluh yang terbentuk di dahi dengan kain putih di tengkuknya.


'Fuuh, okey lah ni', desisnya di dalam hati.

Cangkulnya itu di diangkatkan perlahan-lahan sehingga terletak elok di bahu. Setelah mencapai titik keseimbangan yang mampu mengelakkan cangkulnya itu terjatuh dari bahu, pak cik tua itu bertapak-tapak bergerak menuju ke arah sebuah perdu.

Andai dilihat dari belakang, gaya berjalan pak cik tua itu tak kalah dengan pemenang pertama pertandingan unduk ngadau. Andai kiranya ada pemuda bujang yang memandang, pasti akan disiul-siulkan ke arah pak cik tua itu. Bagaikan lagak orang yang tertinggal otaknya di para rumah.

Di perdu, terbentang rapi tikar anyam. Tersedia juga sebotol air dengan sebekas nasi berlaukkan ikan perkasam. Inilah bekal harian pak cik tua itu. Namun, tidak pernah pun dirungutkannya atau pun bersungut memburuk muka.

Angin sepoi-sepoi bertiup lembut. Menggoyang perlahan daun-daun dan rerumput, jua lalang. Kadang ke kiri, kadang pula ke kanan. Tumbuh-tumbuhan itu melenggok mengikut sahaja laluan hembusan angin dalam keadaan yang seragam. Bagaikan penumpang bas yang bergoyang-goyang mengikut goyangan bas. Serentak dan sekata arah gerakannya.

Pak cik tua itu sudah mula menyuapkan nasi dari bekas ke mulut. Sambil mengunyah, matanya dilemparkan ke arah alam sekelilingnya yang begitu luas. Dengan rezeki yang sedang dinikmati dan pandangnan indah yang sedang diteliti, pak cik tua itu puas. Wajahnya laksana seorang yang sedang duduk di atas sebuah kerusi urut percuma setelah penat berjalan mengelilingi pasar raya.

Namun dengan tidak semena-mena, wajah pak cik tua itu berubah. Wajahnya menjadi kosong bagaikan wajah seorang pelajar tingkatan satu yang sedang diterangkan tentang langkah-langkah dalam pengamiran Romberg. Dengan bola mata yang tetap kaku pada satu titik arah pandang.

Tidak jauh dari tempat pakcik itu sedang melepak, berjalan seorang pemuda yang kemas mengenakan kot hitam, bertali leher merah menghampiri tempat pak cik tua itu. Sesekali tangan pemuda berkot itu pantas mengesat peluh yang sedang membasahi wajahnya dengan hujung kot hitamnya itu.


Sesampai sahaja pemuda berkot itu dihadapan pak cik tua itu, dia melemparkan senyuman sambil tangannya masih ligat mengeringkan wajahnya yang dibanjiri peluh yang bercucuran.

"Assalamu'alikum pak cik", sapa si pemuda berkot.

"Wa'alaikumussalam, nak", jawab pak cik tua itu dengan wajah yang masih sama.

Melihat wajah pak cik tua, pemuda itu bertanya kepada pak cik tua itu, "Err, kenapa pandang saya macam tu pak cik? Ade cili ke kat gigi saya?". Lantas pemuda berkot itu mencungkil-cungkil giginya dengan jari telunjuknya.

"Anak ni tak panas ke pakai baju kot tengah-tengah panas ni? Berpeluh-peluh dah pak cik tengok kamu ni", tanya pak cik tua.

Pemuda berkot itu agak terkejut mendengar soalan pak cik tua itu. Tidakkah pak cik tua itu tahu bahawa beginilah caranya pakaian orang lepasan universiti yang bekerja. 'Mungkin anaknya tiada yang masuk universiti, maklumlah orang susah..', getus hati pemuda berkot itu sendiri.

"Oh, saya memang kuat berpeluh. Ayah saya dilahirkan di German, datuk saya pula pernah berkhidmat dengan British Army semasa Tanah Melayu masih dibawah penjajahan British. Ayah saya terus melamar ibu saya setelah pertama kali melihat ibu saya di majlis perkahwinan sepupunya", cerita pemuda tersebut sambil tersenyum-senyum membayangkan peristiwa cinta pandang pertama ibu dan bapanya kepada pak cik tua itu.

Pak cik tua kehairanan dengan penjelasan pemuda berkot itu. Apa pula kaitannya cerita pemuda itu dengan soalannya. Kerut-kerut mula terbentuk di dahinya.

"Nama saya Syah Indera Jamalullail bin Fuhrer", pemuda itu memperkenal diri sambil menghulurkan tangan kepada pak cik tua itu.

Pak cik tua itu menjilat-jilat jari-jarinya yang penuh dengan nasi, lalu menyambut huluran salam pemuda itu. Pemuda itu berkerut melihat tindakan pak cik tua itu. Pak cik tua itu menggenggam erat tangan pemuda berkot itu. Memang sudah menjadi kebiasaan pak cik tua itu untuk bersalaman erat. Pesan tok guru silatnya yang datang dari Pakistan, hormatilah orang yang disalami dengan cara menggenggam erat tangan mereka. Berkeriut muka pemuda berkot itu lantas segara mencuba untuk melepaskan genggaman pak cik tua itu.

Pemuda berkot itu mengelap tangannya yang dirasakan berlendir itu di kotnya sebelum kembali tersenyum. Dia kemudiannya mengeluarkan sekeping kad sebesar kad kredit dari poket kotnya itu lalu menunjukkan kad tersebut kepada pak cik tua itu persis seorang pegawai FBI menunjukkan kad pengenalan dirinya kepada seorang saksi.

"Saya telah diberikan kad kuasa oleh kerajaan negeri yang membolehkan saya untuk masuk ke mana sahaja tempat di negeri ini untuk memeriksa tempat pembiakan nyamuk Aedes. Oleh itu, pada hari ini, saya mahu masuk dan memeriksa ladang pak cik ini", kata pemuda berkot itu.

Pak cik tua itu terkebil-kebil melihat kad di tangan pemuda itu. "Baiklah nak, masuklah. Cuma kamu jangan pergi ke padang di sana tu ya", kata pak cik tua itu sambil memuncungkan mulutnya ke arah kawasan padang berhampiran ladangnya itu.

Pemuda berkot itu tersenyum sinis mendengar kata-kata pak cik tua itu.

Tanpa menoleh ke arah padang yang ditunjukkan oleh pak cik tua itu, pemuda berkot itu berkata, "Nampaknya pak cik tidak faham dengan apa yang saya katakan. Saya ada kad kuasa ini. Maka saya boleh pergi ke mana sahaja tempat yang saya ingin pergi dan tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalang saya. Pak cik faham?".

"Suka hati kamu lah nak..." balas pak cik tua itu.

Kemudian, pemuda berkot itu beredar dan bergerak ke arah ladang pak cik tersebut menghala ke arah padang yang ditunjuk oleh pak cik tua itu tadi.

Pak cik tua itu menyambung kembali adegan makannya yang terhenti seketika. Menikmati kembali nasi dan ikan perkasam, sambil ditemani sapaan angin dan bunyian alam.

Beberapa ketika, telinga pak cik tua menangkap satu jeritan.

"ARGHHHH! TOLOOONGGG!!".

Pak cik tua itu mencari-cari arah jeritan tersebut. Akhirnya matanya tertangkap ke arah pemuda berkot tadi yang sedang berlari dengan sepenuh tenaga sambil menjerit-jerit meminta agar dirinya ditolong. Di belakangnya pula, seekor lembu jantan sedang berlari mengejar pemuda tersebut sambil menghalakan tanduknya yang tajam ke arah pemuda itu. Tidak salah lagi, lembu yang sedang mengejar pemuda berkot itu adalah lembu jantan milik pak cik tua tersebut yang bernama Putera. 

Memang demikianlah sifat si Putera, mengejar sesiapa sahaja yang tidak pernah dilihatnya.

Dan sedikit demi sedikit si Putera semakin menghampiri pemuda berkot itu.

Pemuda berkot itu terus berlari dan menjerit.

"ARGHHHH! TOLOOONGGG! PAK CIK! TOLONG SAYAAA!".

Pak cik tua itu tersenyum. Lalu dengan suara yang agak kuat, pak cik tua itu berkata, "CEPAT TUKJUKKAN KAD KUASA KAMU ITU!".


Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Wednesday, March 16, 2011

Jangan Bawa Pinjamanmu Ke Neraka...



"Lan, pinjam motor jap. Nak pergi beli sabun la", pohon Man.

"Bah, pinjamlah... Tapi tangki minyak bagi penuh ya. Ada separuh jak lagi tuh", balas Lan sambil matanya terus tertancap pada skrin komputer riba miliknya itu.

"Bah", balas Man sambil segera mengambil kunci motor Lan yang tersangkut di balik pintu.

Berhati-hati!! Mungkin ini perbualan biasa, tetapi ketahuilah. Riba sedang berlaku di sini!

Sebarang manfaat atau nilai tambahan yang lebih daripada jumlah pinjaman asal yang disyaratkan pada awal kontrak pinjaman yang dikenakan oleh pemberi pinjam dikenali sebagai Riba al-Qardh.

Dan ia adalah riba yang amat popular dikalangan masyarakat kita pada hari ini. Sama ada secara sedar atau pun tidak.

Apabila memberi pinjam, janganlah kamu mengambil sebarang hadiah.
HR al-Bukhari

Al-Syawkani berkata:
Apabila pertambahan itu disyaratkan di dalam kontrak, maka jatuhlah hukum haram secara sepakat.
Naylul Awtar, al-Syawkani, 5/262

Ibn Muzir pula berkata:

Telah ijmak bahawa apabila pemberi pinjaman meletakkan syarat ke atas peminjam sebarang tambahan atau hadiah, maka pinjaman diberikan sebarang tambahan yang diambil adalah riba
al-Mughni, 4/318

Riba al-Qardh ini dapat dibahagikan kepada beberapa bentuk, antaranya :

1) Manfaat berbalas manfaat yang lebih

Contohnya adalah seperti perbualan yang berlaku di atas. Yang mana Lan memberi pinjam motornya kepada Man dengan syarat Man perlu memulangkan motornya itu dengan tangki minyak yang penuh. Sedangkan ketika itu, tangki minyak itu berbaki separuh sahaja.

Jalan keluar yang mudah adalah dengan menggunakan kontrak sewa. Lan hanya perlu menyewakan kepada Man motornya itu dengan nilai setangki penuh minyak.

2) Duit berbalas duit yang lebih banyak

Bagi bentuk ini, keadaaan lebih jelas. sebagai contoh, Man meminjamkan RM 10 kepada Lan dan mahukan pulangan sebanyak RM 12 dalam masa seminggu.


3) Duit berbalas duit berserta sesuatu manfaat

Manfaat yang diterima bagi bentuk ini lebih terselindung kerana ia dapat berselindung disebalik kontrak yang lain.

Sebagai contoh, Man meminjamkan RM 10 kepada Lan dan Man mahukan pulangan sebanyak RM 10 dan turut membantunya menyusun kerusi-kerusi di pejabat. Bayaran balik pinjaman masih sama tetapi dikenakan manfaat berupa bantuan semasa pinjaman dilakukan.

Atau contoh yang lain, Man meminjamkan RM 10 kepada Lan dan Man mahukan pulangan sebanyak RM 10 dan mahu supaya Lan membeli sekeping penanda buku yang dijualnya atau menyewa sebuah buku darinya.

Bantuan, jualan serta sewaan yang dikenakan semasa pemberian pinjaman, menyebabkan riba berlaku. Ia diharamkan kerana ia adalah satu tindakan menindas iaitu mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain. Walaupun secara zahirnya tiada sebarang tambahan dalam bentuk wang tunai dikenakan.

"Tidak halal jualan beserta pinjaman bertangguh"
HR al-Tirmizi

Imam Ahmad menerangkan maksud hadis ini dengan menyatakan sebagai seseorang yang memberi pinjam kemudian menjual sesuatu kepada peminjam dan mengambil keuntungan daripadanya.

4) Hadiah duit berbalas hadiah duit yang lebih banyak

Contohnya mudah. Man meminjamkan RM 10 kepada Lan dan Man mahukan hadiah sebanyak RM 12 pada hari jadinya. Keadaan ini tetap termasuk dalam riba al-Qardh ini walaupun menggunakan lafaz hadiah.

5) Hadiah bersyarat hadiah

Contoh bagi bentuk ini adalah misalnya pengantin lelaki dan perempuan bersetuju bahawa pihak lelaki akan hadir dengan 3 dulang hantaran bernilai RM 1000 manakala pihak perempuan pula dengan balasan 5 dulang yang bernilai RM 1200.

Syubhah riba al-Qardh masih berlaku sekiranya kedua-dua pihak bersetuju atas nilai harga RM 1000 berbalas RM 1200.

Namun, sekiranya kedua-dua pihak tidak berpakat berkaitan harga, hanya menentukan jumlah dulang hantaran semata-mata, maka ia adalah harus. Yang menjadikannya haram adalah persetujuan wang berbalas wang yang lebih banyak.

Redha dan Rela

"Ustaz, saya nak tanya. Bagaimanakah sekiranya peminjam itu redha dengan syarat tambahan yang dikenakan oleh pemberi pinjam itu? Dia merasakan manfaat tambahan tersebut tidak membebankannya. Contohnya pengantin lelaki dan perempuan telah bersetuju dengan nilai harga hantaran RM 1000 berbalas RM 1200. Pihak perempuan rela malah tidak merasa terbeban atau tertindas dengan persetujuan tersebut. Tidak bolehkah alasan redha atau rela itu diambil kira?", tanya Man dengan seribu kerut di dahinya. Tangan kanannya sesekali menggaru-garu hidungnya yang tidak terasa gatal.

Ustaz Wan tersenyum mendengar persoalan Man itu. "Man... Adakah zina akan menjadi halal sekiranya kedua-dua pasangan tersebut telah redha dan rela?", lembut Ustaz Wan menyambut pertanyaan Man itu dengan sebuah pertanyaan yang lain. Pertanyaan yang membuatkan Man berfikir sendiri.

Tanpa Man menjawab, Ustaz Wan menyambung, "Tidak bukan... Hal ini adalah kerana riba merupakan satu bentuk dosa yang tergolong dalam hak Allah semata-mata yang wajib kita hindari. Seperti juga zina mahupun menutup aurat. Lalu, apakah pantas kita sebagai hambanya meminda-minda hak Allah ini atas alasan redha dan rela?".

Kerut di dahi Man kian menghilang. Dia mula faham dengan apa yang diterangkan oleh Ustaz Wan.

Dan dengan sekuntum senyuman dan nada yang sopan, Ustaz Wan menyudahkan bicaranya dengan sebuah pesanan, "Ingatlah Man, larangan riba ini adalah hak Allah dan ujian yang Allah berikan kepada manusia untuk menilai siapa antara mereka yang taat dan patuh kepadaNya".


Inisiatif

"Bang, bagaimana pula keadaannya kalau saya sendiri yang mahu menambah manfaat atas pinjaman saya itu. Contohnya, saya dah pinjam motor Lan, tapi saya nak pulangkan dengan minyak yang penuh walaupun Lan tidak suruh", soal Man kepada Abang Fan, teman serumahnya. Mata Man tajam memerhatikan 'sesuatu' dihadapan Abang Fan.

"Kalau Lan tidak menetapkan syarat tersebut semasa dia bagi kamu pinjamkan motornya, maka tiada masalah. Malah perbuatan kamu itu adalah perbuatan yang terpuji dalam Islam", jawab Abang Fan tenang.

Kedudukan Abang Fan bagaikan seorang yang sedang bertapa. Duduk bersila dengan mata yang terpejam dan dengan tangan diletakkan pada lututnya sambil erat digenggam. Di hadapannya, ada 'sesuatu' yang sedari tadi diperhatikan oleh Man yang bermata tajam.

"Pulangan wang mahupun manfaat dengan nilai tambahan tanpa sebarang syarat mahupun paksaan ketika pinjaman atau sepanjang tempoh pinjaman dibuat, maka ia adalah halal", sambung Abang Fan lagi.

"Ooo... Maknanya kalau kita bayar balik duit yang kita pinjam dengan nilai yang lebih ataupun kita sertakan hadiah sebagai tanda penghargaan kerana menolong kita di waktu susah, maka tidak mengapalah, kan? Atau pun contoh lain pulangkan motor dengan minyak penuh, siap basuh lagi, maka ia digalakkan lagilah, ya?", soal Man lagi. Matanya masih tidak teralih dari memerhatikan 'sesuatu' di hadapan Abang Fan.

"Ya. Nabi Muhammad saw sendiri menunjukkan contoh yang mulia ini. Yang mana Nabi Muhammad saw pernah meminta sahabat pergi membelikan seekor unta yang lebih baik daripada apa yang dipinjam dan digunakan oleh Baginda, lalu Baginda berkata : 'Sebaik-baik antara kamu (peminjam) adalah memulangkannya dalam bentuk yang terbaik'. Kisah ini diriwayatkan oleh imam al-Bukhari", jawab Abang dengan panjang lebar.

Man hanya menyambutnya dengan mengangguk-angguk berulang kali. Sambil matanya tetap tertumpu pada sepinggan donut yang tidak terusik di hadapan Abang Fan itu.

Kenalilah dan Jauhilah

Sifirnya mudah, setiap tambahan manfaat material terhadap pinjaman yang dikenakan adalah haram.

Maka, kenalilah dan jauhilah riba ini dan semua jenis riba yang lain.



Untuk penulisan ini, saya merujuk kepada buku 'Riba dan Isu Kewangan Semasa' tulisan Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman, terbitan Telaga Biru.


Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Sunday, April 25, 2010

Melututlah Wahai Lutut Yang Degil!


Sebulan berlalu
Aku sering alpa
Beribadah tapi leka
Bersuakah lagi
Ajal ku tak pasti
Amalanku Oh Tuhan terimalah

Kuinsafi dosa
Pada Maha Esa
Pada ayah juga bonda
Kupohonkan doa
Moga Allah redha
Hamba ini
Oh Tuhan restukanlah

Ya Rabbi...
Restukanlah...

Illahi...
Ampunkanlah...

- Rabbani


Sedikit petikan lirik dari sebuah nasyid nyanyian Rabbani...

Mengenai rintihan seorang hamba. Yang mengharapkan keredhaan, perestuan, jua keampunan. Pada lewat khalwatnya dengan DIA.

Allah dengan sifatnya yang Maha Mendengar (As-Sami'), sangat sukakan hambanya yang merintih, merayu, mengadu dan bergantung hanya kepadaNya. Allah mulia dan agung kerana kesudian dan kesediaanNya mendengar rintihan dan pengaduan setiap manusia. Ya, setiap manusia.

Allah mendengar dengan Maha Adil (Al-'Adlu) tanpa mengira pangkat, darjat, harta mahupun rupa paras. Dari pengaduan si fakir hinggalah keluhan sang pemimpin. Dari rintihan si 'abid hinggalah rayuan sang pendosa.

Bijak pandai ada mengungkapkan kata-kata hikmah yang berbunyi “Tugas cinta yang pertama ialah mendengar”. Kata-kata ini boleh dimaksudkan bahawa kekasih yang baik ialah kekasih yang mendengar. Mendengar rintihan, keluhan, aduan dan rayuan pasangannya. Justeru, dengan mendengar cinta akan lebih subur dan harum. Dengan mendengar ertinya kita diberikan telinga, mata dan hati.

Maka, Allah SWT adalah “kekasih” setia yang sentiasa mahu mendengar rintihan, keluhan, aduan dan rayuan hamba-hambaNya. Jika kekasih di kalangan manusia akan jemu jika masalah yang sama diperdengarkan berulang-ulang kali sebaliknya Allah SWT tidak sebegitu. Kerana Allah Maha Mendengar.

Merintih dan mengadu akan kelemahan serta menghina diri dihadapan Tuhan, kekasih nan abadi, tidak merendahkan malah meninggikan. Tidak menjauhkan malah mendekatkan...


Abu Hurairah melaporkan Rasulullah bersabda, "Allah yang mulia dan tinggi berkata, 'Aku seperti yang disangka oleh hambaku dan aku sentiasa bersamanya setiap kali dia mengingatiku. Demi Allah, Allah benar-benar gembira menerima taubat hambanya, lebih gembira daripada saudara yang menjumpai barangnya yang hilang di padang pasir. Siapa yang datang dekat kepadaku sejengkal, aku datang dekat kepadanya sehasta. Siapa yang datang dekat kepadaku sehasta, aku datang dekat kepadanya sedepa. Apabila dia datang berjalan kepadaku, aku datang berlari-lari kepadanya.'"
HR Bukhari & Muslim

Seringkali apabila kita mengaku akan kesalahan dan memohon maaf kepada insan, hubungan menjadi dingin. Kerana ada rasa pedih pada hati yang sukar diubati.

Namun, tidak sesekali dengan Tuhan. Dengan sifat Maha Pemberi Maaf (Al-A’ffu), Allah SWT terus-terusan memaafkan kesalahan hambaNya selagi diri sudi menyerah diri. Malah bukan sekadar memaafkan, bahkan Allah SWT menyayangi pendosa yang bertaubat daripada dosanya....

Allah SWT mendengar dan memaafkan kerana Allah SWT juga Tuhan yang bersifat Al-Wahhab (Yang Maha Memberi). Memberi dengan sifat Al-Wahhab, yang terkandung di dalamnya lima sifat:
  1. Memberi tanpa meminta apa-apa balasan
  2. Memberi secara berulang-ulang
  3. Memberi tanpa diminta
  4. Memberi sesuatu yang amat berharga
  5. Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan

Maha suciMu ya Allah.

Maka patutkah Allah dilupakan hanya kerana kasih manusia yang ditemui ditengah hanyat ini? Rugilah mereka yang melupakan kasih agungMu yang selamanya tidak berbelah bahagi!

Maka patutkah Allah diketepikan hanya kerana cinta manusia yang dijumpai ditengah hanyat ini? Rugilah mereka yang mengenepikan cinta agungMu yang selamanya sejati!

Rugilah... Rugilah mereka yang mencari selain daripadaMu!

Ya Allah....

Ampunilah aku...

Ah! Dihadapan Tuhanku, aku sesungguhnya sangat kerdil. Melututlah wahai lututku yang degil!



Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Thursday, March 18, 2010

Doktor, Isteri Saya Tuh....


"Saye rase dah makin serius nih doktor!", terang seorang lelaki berkemeja kotak-kotak dengan nada yang bersungguh-sungguh. Dahi lelaki yang berumur lingkungan lewat 40-an itu semakin berkedut kerana berkerut.

"Hmm...", balas doktor dihadapan lelaki itu sambil melurut-lurutkan janggutnya yang tidaklah selebat mana. Matanya semakin tajam memerhatikan lelaki berkemeja kotak-kotak dihadapannya itu.

"Betul doktor! Saye rase masalah pendengaran isteri saye semakin hari semakin teruk doktor!", tegas lelaki berkemeja kotak-kotak itu lagi. Wajah isterinya kini terbayang-bayang di pelupuk matanya.

"Hmm... Beginilah, kamu bawa isteri kamu datang berjumpa saya untuk saya periksa sejauh mana teruknya masalah pendengaran isteri kamu itu", balas doktor itu dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Kini, tangannya telah berhenti melurut-lurutkan janggutnya yang tidak seberapa itu.

"Ish doktor... Saye risau die terase pulak kalau saye bawak die datang berjumpe doktor. Tu sebab saye datang sendiri hari nih... Tak de ke cara len untuk check pendengaran isteri saye tuh tanpa perlu pergi ke klinik?", soal lelaki berkemeja kotak-kotak itu. Sayangnya pada isteri tidak berbelah bahagi. Masalah pada isterinya bagaikan masalah dirinya juga.

Untuk mengguris hati isterinya dengan menyatakan secara tidak langsung bahawa "pendengaranmu semakin bermasalah sayang" dengan membawanya berjumpa doktor, sekali-kali tidak dapat dilakukannya. Kerana cintanya...

"Hmm... Kalau sedemikian halnya, kita guna cara lama...", terang doktor itu sambil mungukir senyuman yang tersirat seribu makna.

"Huh, cara ape tu doktor?", tidak sabar lagi lelaki berkemeja kotak-kotak itu untuk mengetahui penyelesaian bagi masalah isterinya itu.

"Begini, untuk cara ini, kamu perlu berdiri dalam jarak 40 kaki dari isteri kamu dan berbicaralah kepada isteri kamu dengan menggunakan nada suara yang biasa. Jika dia tidak dapat mendengar, kurangkan jarak kepada 30 kaki dan lakukan hal yang sama. Jika dia masih tidak dapat mendengar, kurangkan lagi jarak menjadi 20 kaki. Terus lakukan perkara yang sama sehinggalah isteri kamu dapat mendengar butir bicara kamu. Kemudian, kamu datang berjumpa saya dan ceritakan keputusan yang kamu peroleh untuk saya analisis tahap masalah pendengaran isteri kamu itu...", terang doktor itu dengan panjang lebar. Sesekali terkeluar manik-manik jernih yang kacil dari mulut doktor tersebut lalu jatuh ke atas helaian kertas yang terdapat di hadapannya.

"Wah, bagus betul cara nih!", kagum lelaki berkemeja kotak-kotak itu dengan doktor dihadapannya itu. Mukanya yang tadi berkerut, mula mengukir senyuman yang padanya harapan dan sayang saling bertaut.

"Baiklah doktor, saye akan buat seperti yang disuruh".


Di rumah

Malam itu, sedang sang isteri sibuk menyediakan makan malam, si suami berdiri sambil menganggar jaraknya dari sang isteri.

'40 kaki. Emm, ok. Lebih kurang jauh ni lah', bisik sang suami itu sendiri.

"Kite makan ape malam ni, yang?", si suami itu bertanya dengan menggunakan nada suaranya yang biasa. Seperti mana yang disuruh oleh doktor yang ditemuinya siang tadi. Namun sang isteri tidak membalas.

Si suami mengurangkan jaraknya dari sang isteri menjadi 30 kaki. Dia menganggarkan jaraknya dengan cukup berhati-hati dan teliti. Lalu sekali lagi dia bertanya, "Kite makan ape malam ni, yang?".

...

Masih tiada balasan.

'Owh, ini teruk nih', bisik sang suami di dalam hati sambil perlahan menghampiri si isteri. Kini, jarak sang suami dari si isteri itu menjadi 20 kaki. Lalu sang suami itu kembali bertanyakan hal yang sama.

Dan...

Masih tiada balasan.

Sang suami itu terus-terusan melakukan hal yang sama sehinggalah akhirnya dia berdiri bersebelahan dengan si isteri.

Lalu dia bertanyakan hal yang sama seperti sebelumnya dengan nada yang biasa,"kite makan ape malam ni, yang?".

Si isteri itu akhirnya berpaling melihat sang suami dan berkata,

"Ya Allah abang! Untuk kali keenam saya cakap benda yang sama, malam ini kita makan AYAM!"



Di sebalik cerita

Hidup ini sering kali dirandai dugaan dan kesusahan. Dan dalam keadaan ini, sering kali saya mensasarkan kesalahan kepada sesuatu ataupun seseorang atas ujian dan masalah yang dihadapi.

Robert Half ada mengatakan:

'The search for someone to blame is always successful'

Benar sekali katanya itu...

Di dalam Al-Quran, Allah ada menyatakan tentang suatu sifat manusia.

"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah."
Surah Al-Ma'aarij (70) : 19-20


Ya, sifat berkeluh kesah. Dan saya sering berkeluh kesah. Kerana itu, seringkali apabila kesusahan menimpa, saya akan bersegera mencari "The-What" ataupun "The-Who" untuk menjadi sasaran saya bagi meletakkan punca ataupun penyebab bagikesusahan yang menimpa.


Dan ia sememangnya perkara yang amat salah untuk dilakukan.

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kesalahan atau dosa, kemudian dituduhkannya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah berbuat suatu kebohongan dan dosa yang nyata."
Surah An-Nisaa' (4) : 112

Ya Allah! Ampunilah dosa-dosaku...



Namun, bagaimanakah untuk saya keluar dari sifat berkeluh kesah yang berpanjangan ini.

Jawapannya tentulah pada kalamullah yang telah menyuluh manusia akan sifat-sifat mereka ini.

Semuanya terkandung dalam ayat berikutnya dalam surah Al-Ma'aarij. Ayat 22-28...

Istiqomahlah dalam mengerjakan solat. Bersedekahlah dan bayarlah zakat. Percayalah dengan sebenar-benar keyakinan akan hari pembalasan. Dan takutlah azab Tuhan.


Kini

Hmm... saya rasa saya ingin berjumpa doktor untuk memeriksa dan merawatkan pendengaran saya sendiri. Saya ingin cuba berhenti dari asyik menyalahkan 'si isteri' sebaliknya mendepani dan memperbaiki masalah yang dihadapi.

Berhenti menyatakan "semua ni jadi begini salah dia, semua tu jadi begitu salah ini, aku jadi begini salah mereka, benda itu berlaku salah kamu, jadi begini sebab itu, jadi begitu sebab ini".


"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)."
Surah Asy-Syuura (42) : 30



Sebaliknya saya akan cuba menghadapi dugaan dan kesusahan ini dengan sabar dan usaha. Sabar dengan kesakitannya. Usaha untuk memperbaikinya.

Peribahasa Jepun ada menyatakan:


'Fix the problem, not the blame'




Cubaan suara. Hello, hello...


"Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sahaja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
Surah Al-Mu'minun (23) : 115



Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Monday, July 27, 2009

"Bang, Saye Rase Nak Bercouple Lah"

”Bang, saya rase nak bercouple lah. Boleh tak?”

“…”

”Camne bang? Boleh ke tak?”


”Emmm... Antara couple dengan solat mane lebih penting”

”Of course lah solat”

”Dan dalam solat ade yang dinamakan syarat-syarat sah solat kan? Kamu ingat tak ape die syarat-syaratnyer?”

”Em... Em... Eh! Nampaknya abang cuba untuk menukar topik perbicaraan kita. Tak parlimenlah begini bang...”

”Ok, ok... Dalam solat ade syarat-syarat sahnya kan? Maka couple pulak jadi sah jika penuhi syarat-syaratnye. Abang namakannya sebagai syarat-syarat sah couple”

”Hah? Ngarut je abang nih. Ok kalo ade, ape la syarat-syaratnyer?”

“Ok.... Yang pertama adalah niat. Yelah, setiap benda yang kita buat bukankah adalah ibadah jika kita niatkan kerana Allah dan kene cara yang betul serta tidak dilarang Allah. Jadi niat kenelah dengan mencapai tujuan akhir iaitu untuk berkahwin dengannya kerana Allah. Tak boleh kalo setakat saje-saje je. Atau pun sebab nak bermaksiat sikit-sikit ke, mahupun sebab nak merosakkan pasangan couple tu... Dalilnya abang rase kamu pun dah tau kan?”

”Ok... Dapat diterima. Yang kedua pula bang?”

”Yang kedua adalah menjaga pandangan. Tak leh la nak lihat benda-benda yang terlarang. Tengok aurat pasangan ke atau tengok bahagian-bahagian tertentu pasangan sehingga menimbulkan syahwat. Kalo tengok tahi lalat si dia sampai timbul perasaan geram-geram, dan malam pulak sampai pasang angan-angan pun tak boleh. Senang citer memang kene jagelah mata ni elok-elok...”

”Uish... Mestilah bang... Couple Islamik, mestilah bile jumpe tu tunduk je. Lepas tuh tak leh lame-lame. Senang je... Yang ketiga pulak ape la?”

”Yang ketiga adalah menutup aurat. Ye lah, bukan mahram, memang wajiblah tutup aurat. Lainlah kalo dah jadi isteri...”

”Memanglah bang kena tutup aurat. Kalo couple saye nanti tak pakai sokin memang saye akan pakselah die pakai kalo nak jumpe saye”

“Bagus, bagus. Bukan tu je, nanti kalo die pakai tudung jenis yang nampak leher tuh pakse die tutup sakali tau. Labuhkan sampai ke dada”

“Alright. Seterusnya bang…”

”Yang keempat pula adalah jangan berdua-duaan bersendirian. Dengan sepupu pun kita tak boleh berdua-duaan sebab sepupu tu pun kita boleh kahwin, apatah lagi dengan couple... Kalo nak jumpe mestilah ade teman lain. Bahkan ade hadith nabi yang melarang berdua-duaan dengan perempuan kecuali dengan ada mahramnya sekali. Tak leh nak berdua-duaan di dalam kereta, atas motor, kelas dan kat mane-menelah”


”Fuh... Yang ni susah sikit... Camne lah nak bagi ayat-ayat manis dan menusuk kalo ade orang len. Malulah...”

”Kalo nak couple kene lah ikut syaratnyer… Tadi confident sangat… Baru syarat sah yang keempat dah nak mengeluh”

”Mane ade bang. Takpe, takpe... Rakam video lapas tuh suruh die tengok kat umah... Tapi, masih tak syok lah camtu. Tak siaran langsung... Takpe lah, nak couple punya pasal. Yang seterusnya ape lak bang?”

“Boleh je.. Tapi jangan lupe syarat-syarat yang sebelum ni…”

”Em.. Yelah... Lagi bang?”

”Yang kelima adalah janganlah yang perempuan tu melunakkan suara dan hendaklah berkata yang baik-baik sahaja. Tak leh la buat-buat suara manja dan menggoda sampai yang lelaki tu tak leh pulak nak tido malam. Tapi tidaklah bermaksud bile bercakap dengan bukan mahram tu kene keras-keras. Yang lelaki bile bercakap, nak menangis perempuan tuh dibuatnya. Yang perempuan pulak, dah macam komanden kawat pulak gayanya.. Biase-biase sudah. Lepas tu kene la cakap benda-benda yang baik-baik. Tak leh mengumpat, menyumpah, berkata lucah dan lain-lain yang buruklah”.

”Ala... Tak syok la.. Biaselah bang nak manje-manje dengan couple”

”Masalahnye die tu kamu punya couple, anak orang, belum lagi jadi isteri. Dah jadi isteri lainlah... Kang manje-manje sampai terlanjur, kan dah susah. Bayangkan kalo adik atau ahli keluarga kamu terlanjur dengan lelaki lain sebelum kahwin, ape perasaan kamu?”

”Ok.. Ok... Serius pulak abang nih... Saye saje je nak gurau-gurau... Seterusnya bang?”

“Fuh, emo pulak... K lah, yang keenam adalah adanya hijab atau pun tabir atau pembatas antara pasangan. Ade yang menafsirkan hijab atau tabir ini sebagai tabir yang betul-betul. Kalo nak bercakap kene bercakap dari balik tabir. Tapi dalam keadaan sekarang ni, mamang susah kalo nak buat macam ni. Kalo nak keluar je kene bawak tabir sebab kat mane-mane pun pasti kita akan berjumpa dengan perempuan. Lagi pun sekarang semua orang dah ade handphone dan internet pulak boleh didapati kat kebanyakan tempat. Nak bercouple pun tak payah nak jumpe... Leh gune SMS, chatting atau e-mail je... Jadi ade yang menafsirkan hijab atau tabir di sini sebagai hijab atau tabir bagi hati... Jadi bile nak berjumpe, tidak lah perlu bawak tabir tetapi menabir hati agar tidak dibiarkan nafsu menjengah. Kalo rase semacam je hati tu, cepat-cepatlah tamatkan perjumpaan. Camtu jugak bile berSMS, chatting, berbalas e-mail atau bercakap melalui handphone... Hijab itu perlu diletakkan di hati untuk memelihara hati”.

”Ish... Ni yang susah... Dah la hati saye ni kotor... Kadang-kadang rase seronok pulak bile buat maksiat. Tak de pulak rase lain macam tu macam yang abang sebut. Ade lagi ke syarat nye bang”.

“Ade lagi… Yang ketujuh, suci dari bersentuh-sentuhan

”Adus... Maka tak leh la nak alirkan getaran cinta saya kat couple saye tuh.... Payah, payah...”

"Kelapan pulak, tidak menimbulkan fitnah. Kalo kamu bercouple sampai timbul fitnah terhadap agama, keluarga dan diri kamu maka tak sah lah kamu bercouple"

"Ishk... Ni yang paling susah nih. Mulut orang ni susah sikit nak tutup"

"Tau pun. Jadi kalo nak couple kamu kene pikir lah sendiri camne caranyer supaya tak timbul fitnah"

"..."

"Yang kesembilan pulak menyeru kepada ma'ruf dan mencegah yang munkar. Abang pernah dengar tentang couple Islamik nih, tanye dah solat belom, kejutkan qiam, tanye makan tadi ade bace Bismillah tak dan macam-macam lah. Nampak memang macam baik. Tapi yang jadi masalahnye bile member buat perkara sama, die tak mau buat. Die buat tadi sebab couple die... Ni yang leceh... Dah macam berpura-pura pulak. Pura-pura ni pulak sifat orang-orang munafik. Na'uzubillah... Mintak jauh"

"..."

”Dan yang terkahir adalah jangan berzina dan dekati zina... Satu hadith dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. Hadis yang diriwayat oleh Bukhari, Muslim & Abu Daud”

”..."

"Awat senyap je"

"Hmm... Lepas dengar syarat-syarat sah ni, rase macam mustahil lak nak couple”

”Nape lak?”

”Sebab bile bercouple, syarat-syarat tuh susah nak dipenuhi. Dalam kamus ber'couple', hal-hal yang terlarang dalam syarat tuh adalah lumrah untuk dilakukan, manakala yang disuruh tu mustahil pulak nak dibuat”

”Tau pun. Tinggal atau langgar je satu syarat maka tak sah lah couple kamu. Apabila tak sah, maka bercouple kamu itu terus menjadi haram”

”Hmm.. Kalo camtu biarlah saya bersendiri dahulu. Mencari cinta Allah dahulu. Bercouple dengan Dia. Senang dan tak leceh..."

"Hmmm.."




Saya tersedar dari lamunan. Perbicaraan saya dengan seorang remaja khayalan berakhir.

Namun, kewajipan untuk menyebarkan perkara yang dibincangkan itu tidak pernah berakhir. Bahawa ber'couple' itu adalah HARAM!!


Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Thursday, June 11, 2009

Sportingnya Bapa Membawa ke Neraka!

Terkedu saya tatkala mendengar perbualan antara ayah dan anak lelakinya di kaca televisyen. Betulkah ada bapa yang akan berkata sedemikian kepada anaknya? Apabila berfikir kembali, di zaman ini, mungkin ada...

Namun persoalan yang lebih membingungkan adalah, sepatutnyakah seorang bapa berkata sedemikian kepada anak lelakinya?


Kedua-duanya Islam... Buktinya, terdapat scene di mana mereka membaca do'a sebelum makan. Bismillah kata mereka.

Perbualan mereka itu benar-benar memeranjatkan. Perbualan yang terakam dalam sebuah rancangan drama bersiri.

Ayah Naruto pun tidak pernah berkata demikian...


Rancangan yang semakin diminati ramai (kot) ini, mengisahkan seorang belia lelaki yang terlibat dalam kemalangan yang sepatutnya meragut nyawanya. Namun, ayahnya yang juga merupakan seorang saintis terkenal, berjaya menyelamatkannya dengan teknologi dan mesin yang ditanam ditubuhnya. Hasil kajian dan penyelidikan ayah itu. Dan bermula dari tempoh itu, belia tersebut mempunyai tenaga luar biasa. Ala-ala Superman...

~ foto by alifstyle


Belia itu bakal melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej tempatan.

Dan disinilah berlakunya scene yang betul-betul memualkan itu. Di mana ayah itu mengambil hati anak lelakinya, yang baru reda dari rajuk, dengan mengajak anaknya untuk pergi shopping membeli baju. Belia tersebut dilihat rasional menolak ajakan ayahnya itu. Tolakan itu kerana bajunya telah banyak...

Ayahnya tetap mengajak. Katanya sebagai hadiah masuk ke kolej. Mungkin juga untuk menunjukkan bahawa dirinya sporting dan tidak berkira dengan anaknya.

Dan disinilah perkataan yang jahil terpacul dari mulut seorang ayah itu.

Baju itu sebagai hadiah masuk ke kolej. Boleh digunakan untuk bergaya. Untuk bergaya kerana..

"College's chicks are hot", kata ayah itu dengan senyuman sang buaya.

Dan belia itu tersenyum...

Dan saya menggelengkan kepala...

Kelucahan apakah ini?



"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."

Surah At-Tahrim (66) : 6



Saya hanya mampu berdo'a kepada Tuhan.


"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."
Surah Al-Furqaan (25) : 74



Saya cuba melihat dengan pandangan da'ie, dengan melihat mereka sebagai pandangan mad'u. Kerana saya sedar bahawa saya pendakwah, bukan penghukum. Mungkin ini adalah cerminan bagi masyarakat kini yang memerlukan bimbingan dan nasihat.

Marah di kerusi sahaja tidak berguna jika tidak turun ke padang.

Betapa saya tersedar bahawa saya perlu lebih giat dalam lapangan ini...

"Ya Arif, BERTINDAK!"


Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Tuesday, May 12, 2009

Penantian Empat Tahun...

"Oh... Gitu..."

Saya bereaksi dengan apa yang diterangkan oleh Azizul. Saya menjenguk ke dalam salah sebuah tangki. Dan tersenyum.

Setelah empat tahun di UMS, baru kini dapat saya tembusi kawasan yang menjadi kawasan larangan bagi semua pelajar kecuali pelajar Akuakultur ini. Tempat ini menjadi tempat larangan atas faktor-faktor keselamatan.

"Indahnya.."

Tempat larangan ini dipanggil Hatchery. Tempat penternakan ikan bagi pelajar-pelajar Akuakultur.

Hatchery ini berpagar sekelilingnya. Dan di pintu masuk, tersiap sedia pengawal yang sentiasa bersiaga menjaga dan mengelakkan kerunsingan yang mungkin berlaku.

Runsing akan ada 'buaya' dan 'naga' yang datang melahap ganas ikan yang dibela elok. Juga runsing akan ada kaki pancing yang datang bertenggek di tepi tangki sambil bersiul-siul kegembiraan kerana umpan sentiasa mengena.

"Di situlah tempat kejadian"
(Bergambar ala-ala Mastika)


Tempat ini dipenuhi dengan tangki-tangki yang berisi ikan-ikan yang mendapat permintaan tinggi di pasar-pasar, restoran-restoran serta tidak lupa hotel-hotel sekitar Kota Kinabalu.Ikan-ikan ini dipelihara oleh pelajar-pelajar Akuakultur. Memelihara ikan adalah sebahagian dari subjek mereka.

Banyak cerita mengenai tempat ini yang saya telah dengar daripada sahabat-sahabat dari program Akuakultur. Menyebabkan saya benar-benar teringin untuk melihat, merasai dan berada sendiri di dalamnya.

Benar-benar teringin. Benar-benar kepingin.

Setelah memijakkan kaki di dalamnya, diri terasa benar-benar puas. Akhirnya saya dapat melihat dengan kanta sendiri, imej yang sebelum ini hanya dibataskan dengan imaginasi sendiri dari cerita-cerita sang pujangga dan sang karut yang mengarut tanpa mencarut.

"Wah...."


Syurga

Begitu juga dengan ini... Banyak ceritanya. Banyak gambarannya. Semuanya indah tanpa dapat dibayangkan.


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
Surah Ali 'Imran (3) : 185

Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.
Surah Ar-Ra'd (13) : 35

Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta.
Surah Yaasin (36) : 57

Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.
Surah Ar-Rahmaan (55) : 56

Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik.
Surah Ar Rahmaan (55) : 70

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan
Surah Luqman (31) : 8


Tempat larangan kecuali bagi mereka yang terpilih...

Banyak cerita mengenai tempat ini yang saya telah dengar dan baca daripada Pencipta tempat ini sendiri. Menyebabkan saya benar-benar teringin untuk melihat, merasai dan berada sendiri di dalamnya.

Benar-benar teringin. Benar-benar kepingin.

Namun, bagaimana?


Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.
Surah Ar-Ra'd (13) : 35

Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya.
Surah Al-Qalam (68) : 34

Itulah syurga yang akan Kami wariskan kepada hamba-hamba Kami yang selalu bertakwa.
Surah Maryam (19) : 63


Ya, inilah jawapannya. Jadilah sebahagian dari orang-orang dan hamba-hamba yang bertakwa.

Namun, bagaimana?


Dari Anas : "Ada seorang Arab dusun bertanya kepada Nabi Muhammad, 'Bilakah Hari Kiamat akan terjadi?' Nabi Muhammad bertanya kembali, 'Apakah persiapan saudara bagi menemui hari itu?' Arab dusun itu menjawab, 'Aku Mencintai Allah dan Rasulullah'. Kata Nabi Muhammad, 'Saudara akan menyertai orang yang saudara kasihi.'"
HR Bukhari dan Muslim


Subhanallah... Cintailah Allah, Utusan Allah serta orang-orang dan hamba-hamba yang bertakwa. Saya akan mulakan kembali. Membetulkan diri untuk mencintai Allah, Rasulullah serta orang-orang dan hamba-hamba yang bertakwa dengan sebenar cinta. Agar nanti saya akan dibangkitkan bersama mereka yang saya cintai.

Rasulullah yang telah dijaminkan syurga ke atasnya. Bersama Baginda semestinya dari golongan orang-orang dan hamba-hamba yang bertakwa.

Namun, risau pula.. Rasullulah itu terpelihara dari dosa sedangkan saya ini sering terpalit dengan dosa yang menghinakan. Dosa lalu, dosa kini dan dosa nanti. Bagaimana pula?


Dan mohonlah ampun kepada Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.
Surah Huud (11) : 90

Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia....
Surah At-Tahrim (66) : 8

Subhanallah.. Pengasihnya Engkau wahai Allah..


Perkongsian darimu, berharga buatku.
Terima kasih.

Monday, April 13, 2009

Hayati Bunyi

"...Walhamdulillahi rabbil 'alamin."

"Amin..."



Tangan yang ditadah disapukan ke muka.

Antara lain isi doa yang dibacakan oleh Imam tadi memohon agar diampunkan segala dosa diri, ibu bapa serta seluruh muslimin dan muslimat, memohon diselamatkan di dunia dan di akhirat, memohon dimenangkan kaum muslimin, memohon tidak dipalingkan hati setelah dicerahkan cahaya hidayah serta ditetapkankan hati dalam Ad-Din dan ketaatan.

Kami berdoa secara berjemaah. Imam membacakan doa dan kami dibelakang mengaminkannya.

Walaupun saya tidaklah mampu untuk menterjemahkan doa yang dibacakan oleh Imam di dalam Bahasa Arab itu secara harfin. Namun, secara umumnya saya memahami akan perkara dan permintaan yang terkandung di dalam doa tersebut.

Dan kerana memahami, saya dapat menghayati...
Menghayati dengan hati...

Permintaan dari hati kepada pemilik segala hati...

Meminta dari Allah bukan hanya lepas di kerongkong sahaja. Malah, hadir dengan hati yang turut meminta dengan bersungguh-sungguh. Dan menjadi tarbiah bagi diri agar menyedari hakikat kelemahan dan kekerdilan diri dihadapan Ar-Rahim.

MALU rasanya meminta dari Allah dalam keadaan hati yang lalai.

Kerana itu, penting bagi diri saya untuk mendengar doa yang dibacakan. Doa yang didengari oleh dua telinga.

Ya, semuanya bermula dengan mendengar di telinga. Telinga yang mahu mendengar. Telinga yang endah. Telinga yang peduli. Telinga yang mahu.


Atas sebab ini juga saya terkadang kurang dapat menerima mereka yang membacakan doa untuk ramai secara berjemaah, tetapi bacaan mereka itu tidak mampu didengari oleh jemaah yang mengaminkan doa itu. Maka, dapat dilihatlah ada yang mengelamun, ada yang terangguk-angguk, ada yang tergeleng-geleng dan tidak kurang juga yang mengorek-ngorek jerawatnya. Dan saya... Lalai dalam memerhatikan gelagat mereka ini.

Bagaimana ia mampu untuk menarik hati-hati agar benar-benar mengharap semasa menadah tangan meminta, sedangkan mereka tidak mengetahui butiran pengharapan & permintaan di dalam doa itu.

Bagaimana mereka mampu untuk mengetahui butiran pengharapan & permintaan di dalam doa itu kerana permulaan tahu dalam berdoa iaitu mendengar tidak berlaku.

Oleh sebab itu, apabila saya diminta membacakan doa secara berjemaah, sebolehnya saya memastikan agar mereka yang menadah tangan bersama dapat mendengar bacaan doa saya itu. Kerana bukan hanya saya sahaja yang mengharap, tetapi KAMI bersama.

"Dan Tuhanmu berfirman: 'Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu (berdoa kepadaKu) akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.' "
Surah l-Mu'min (40) : 60


Tangan yang ditadah dengan diri yang tidak endah. Hanyalah mengundang padah.

Maka berdoalah dengan rasa takut dan penuh harapan. Kerana ia adalah pesan Tuhan. Buat seluruh insan.



"Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, setelah (diciptakannya) dengan baik dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan penuh harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat kebaikan."
Surah Al-A'raaf (7) : 56



Ya Allah..
Terimalah doa kami...



Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Friday, April 3, 2009

Usrah Dengan Diabetes...

"Diabetes mellitus...

Juga lebih dikenali sebagai "kencing manis" atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai "sweet urine" glycosuria. Kajian menunjukkan bahawa seorang daripada 10 penduduk Malaysia menghidapi diabetes.

Usah risau dan rimas kerana penyakit ini bukanlah penyakit berjangkit. Ia adalah disebabkan oleh masalah-masalah yang timbul dalam penghasilan insulin. Insulin ini adalah sejenis hormon yang diciptakan oleh Allah dengan indah untuk menukarkan gula dalam darah kepada tenaga.


Masalah dalam penghasilan insulin ini membawa kepada permasalahan dalam proses penukaran gula dalam darah kepada tenaga. Ini menyebabkan gula tidak dapat digunakan secara efektif menyebabkan kandungan gula dalam darah tinggi.


Antara simptom-simptom bagi penghidap penyakit ini termasuklah kelakuan kerap kencing, kekurangan berat badan, air kencing berasa manis dan keletihan. Komplikasi yang boleh disebabkan oleh diabetes termasuklah kejadian strok, sakit jantung, penyakit buah pinggang, penyakit mata dan kerosakan saraf.

Secara umumnya diabetes dapat dibahagikan kepada tiga iaitu:

1) Diabetes Jenis 1 (Type 1 Diabetes)

2) Diabetes Jenis 2 (Type 2 Diabetes)
3) Diabetes Gestasional (Gestational Diabetes)


Seterusnya...."


Tujuan


Demikianlah sedikit penerangan pensyarah saya semasa kuliah Bioteknologi Dalam Pertanian dan Perubatan yang telah "dibahasa melayukan". Ini adalah sedikit pengenalan ringkas tentang salah satu penyakit yang popular di Malaysia.

Kami turut dibawa oleh pensyarah untuk memahami sebab musabab yang menyebabkan penyakit ini. Segala mekanisma yang terlibat, hormon yang membantu, jujukan gen yang memainkan peranan serta faktor-faktor dalaman dan luaran yang membawa kepada penyakit ini diterangkan kepada kami.


Kemudian, pensyarah menunjukkan kepada kami pengaplikasian bioteknologi dalam proses mendiagnos penyakit ini dan pengaplikasian bioteknologi dalam proses rawatan-rawatan yang terlibat. Membantu mengesan, merawat dan menghindarkan penyakit ini yang akhirnya membawa manfaat kepada manusia adalah tujuan pembelajaran kami.

Ya, antara tujuan utama pengkajian dalam Bioteknologi adalah untuk membawa manfaat bagi manusia...


Usrah


Begitulah sepatutnya juga bagi usrah...

Dimulai dengan pengenalan...


Diikuti dengan pemahaman...


Disempurnakan dengan pertolongan...


Semua ini ingin membawa kepada menfaat bagi manusia...

Mengikut marhalah...


Dalam jalan yang diredhai oleh Allah dan mengikut Sunnah...



"Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa."


Surah Al-Hadid (57) : 25

Ambillah ibrah besi...


Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Picture

Picture