Carian Anda

Selamat Datang...

Dengan lafaz Bismillah saya mulakan bicara...
Doakan semoga dikurniakan ilham dan kemudahan...

Musim untuk mengumpul duit. Mari mula menabung.

Showing posts with label Zikir. Show all posts
Showing posts with label Zikir. Show all posts

Monday, September 26, 2011

Jangan Dah Kena Baru Nak Akui Hak-Nya


"BODAH!! BONGANG!! BABO!! "

"Kau ni apesal mencarut-carut ni Ijal? Daripada mencarut tak tentu hala tu, lebih baik kau beristighfar.."

"Huh! Hmmmph... Fuuuuhh... Astaghfirullah. Astaghfirullah."

"Ha.. Dah tenang sikit? Cuba cerita sikit dekat aku apa masalah kau Ijal."

"Kereta aku kene curi! Kereta aku kene curi, Arul!"

"Erk.. Innalillah. Bila?"

"Pagi tadi masa aku nak hantar anak-anak aku pergi sekolah, baru aku perasan kereta aku tu dah lesap. Sejak aku dah renovate rumah, tambah bahagian depan, dah takde tempat untuk aku letak kereta dalam rumah. Jadi aku letak kat luar pagar, betul-betul depan rumah. Aku dah kunci habis semua, tapi masih juga kene curi. Aku datang pejabat ni pun naik teksi. Geram betul aku!!"

"Ishk.. Kau dah buat laporan polis?"

"Belom lagi. Tu yang aku datang pejabat dulu ni. Nak minta kau tolong temankan aku. Tak pun tolong pinjamkan kereta kau sekejap. Lepas buat laporan aku ingat nak jalan-jalan dulu tengok-tengok, manalah tau dapat jumpa kereta aku."

"Takpela Ijal, biar aku temankan kau. Jap, kita bagitau bos dulu."

"Ishk... Aku dapat pencuri tu, memang aku kerat 10 dia!!"

"Marah betul kau ni Ijal."

"Memang marah!! Tu jela kereta yang aku ada, Arul. Sport rim baru je aku tukar Sabtu lepas, minyak baru je aku isi penuh. Tu la kereta yang aku guna untuk hantar anak-anak aku pergi sekolah, hantar orang rumah aku pergi kerja, aku pergi kerja, balik kampung. Dah macam nyawa kepada keluarga aku."

"Sampai nak kerat 10?"

"Comfirm! Kalau aku dapat, memang aku takkan lepas!"


*****

Dua Tahun Sebelumnya

"Aku rasa hukum hudud tak patut dilaksanakan. Tak sesuai dengan keadaan kita kat Malaysia ni. Sesiapa yang membangkitkan nak laksanakan hukum hudud ni hanya orang bodoh dan berfikiran sempit"

"Ishk. Kenapa pulak kau cakap macam tu Ijal?"

"Hudud ni kejam sangat. Kau tengok, mencuri je potong tangan. Kalau dah potong tangan, macam mana dia nak teruskan kehidupan? Sekarang realiti zaman dah berubah. Kita boleh cuba bagi dia kerja kalau dia mencuri sebab tidak bekerja. Penjara pun dah cukup untuk menyedarkan mereka ini."

"Tapi hudud ni ditentukan oleh Allah, sesuai untuk setiap zaman dan keadaan. Ia adalah hak Allah Ijal!"

"Tapi aku masih melihatnya sebagai kejam Arul! Kejam!"

"Ilmu Allah itu Maha Luas dan tidak terbatas Ijal, tak terjangkau oleh ilmu manusia."

"Tuhan juga yang bagi kita akal untuk kita gunakan. Kita boleh gunakan untuk menghasilkan kreativiti dan inovasi bagi menyesuaikan hukumNya mengikut peredaran masa dan keadaan."

"Hudud ini adalah hak Allah! Dia yang tentukan, dan kita melaksanakan. Kitalah sepatutnya yang harus tunduk menyesuaikan masa dan keadaan mengikut hukum Allah. Bukan sebaliknya Ijal!"

"Kau jangan nak mempersoalkan kepercayaan aku Arul! Kau cuba tengok, negara kita negara berbilang bangsa dan agama. Bukan hanya Islam sahaja yang tinggal kat negara kita. Melaksanakan hukum ini hanya akan menghuru-harakan negara kita! Agama lain takkan dapat terima Arul!"

"Kenapa pula nak huru-hara? Hudud ini adalah untuk menjaga keamanan seluruh manusia daripada kezaliman manusia yang lain. Kita boleh fahamkan agama lain. Namun, kita umat Islam perlu terlebih dahulu yakin dan percaya dengan hukum Allah ini sebelum dapat mempercayakan orang lain!"

"Kau ekstrimis agama Arul! Ekstrimis yang tak pernah terbuka kepada pendapat orang lain. Negara kita akan berpecah-belah kerana ekstrimis agama yang macam ini!"


*****

Selepas Membuat Laporan Polis

"Kau dah berubah Ijal?"

"Berubah? Berubah apa Arul?"

"Kau dah menyokong hudud sekarang ni."

"...."

"Tak kesian ke kat pencuri kereta kau?"

".... Bukan aku tak kesian tapi..."

"Tapi geram? Marah? Kau terasa dizalimi, bukan?

"...."

"Hudud tidaklah sampai kerat 10. Hanya kerat sebelah pergelangan tangan. Itu pun dengan syarat yang ketat, teliti dan rapi. Bukan untuk menyeksa tetapi untuk menegakkan keadilan buat masyarakat disamping mendidik pencuri dan seluruh manusia lain agar jangan terjebak dengan kecurian".

"...."

"Hudud juga membantu orang yang dizalimi agar tidak pula menzalimi. Mungkin yang dizalimi itu tidaklah akan pergi melakukan kezaliman mencuri, tetapi hukum Allah, hudud melindungi yang dizalimi itu daripada melakukan kezaliman mengerat 10!"

*****

Setelah terkena batang hidung sendiri, barulah ramai manusia yang sedar betapa relevannya hukum Allah.

Janganlah apabila hak Allah dicabar kita hanya diam. Tetapi apabila hak kita sendiri tercabar, barulah kita marah. Jangan hanya apabila kita atau keluarga kita menjadi mangsa curi, rompak ragut, zina dan rogol... barulah kita menyokong hukum Allah!

Janganlah sesudah tersungkur baru kita mahu akur.

Inspirasi daripada buku "Beduk Diketuk" Bab Sudah Tersungkur Baru Akur tulisan Pahrol Muhamad Juoi.

Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih
.

Wednesday, July 28, 2010

Berikanlah Sedikit Masa...


Thabit dalam hadis-hadis sahih Nabi Muhammad SAW berdoa sebelum memberi salam, dan menggalakkan kita untuk melakukannya sama. Antaranya adalah hadis Ibn Masud :

"Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa2 yang paling dikaguminya".
HR Bukhari dan Muslim.


Berdoa ketika ini adalah masyruk dan sunnah dengan sepakat seluruh orang-orang Islam. Antara doa-doa yang terbaik dan mudah untuk dihafal dan dilakukan adalah seperti berikut:


Doa 1 :




Doa 2 :


Ertinya: “YA Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada ujian kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan ujian al-masih dajjal.”

(HR Muslim 1276)



Alhamdulillah, saya sudah mula untuk melakukan sunnah ini.

Namun, kekangan masih berlaku untuk saya mempraktikkan sunnah ini apabila melakukan solat secara berjemaah. Hal ini adalah kerana kebiasaannya imam telah memberi salam sebelum sempat saya mula membaca doa ini...

Walaupun ia bukanlah masalah utama kerana boleh sahaja untuk saya terus menyempurnakan doa ini walaupun setelah imam memberi salam, namun ia memberikan satu ketidak selesaan kepada diri saya.

Maka, saya mengambil peluang di sini bagi mengajak supaya kita sama-sama mengamalkan untuk berdoa sebelum memberi salam sewaktu solat seperti mana sunnah Rasulullah s.a.w. Dan bagi yang merasakan berat untuk melaksanakannya, saya berharap agar anda memberikan sedikit masa untuk para makmum berdoa andai kata anda dihadapan sebagai imam...

Semoga, ini adalah salah satu daripada langkah kita bersama untuk meningkatkan amalan dan juga persediaan bagi menyambut kedatangan Ramadhan pada kali ini. Semoga Ramadhan kali ini, tertegaklah lagi satu sunnah Rasullullah s.a.w. di dalam diri kita.


Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Wednesday, June 23, 2010

Mencari-cari al-Hikmah...


Dari sehari ke sehari, menulis menjadi semakin susah buat saya. Tidak tahu mengapa...

Bukan sahaja menulis, malah apabila berbicara sering kata-kata saya itu berbelit dan tunggang-langgang bunyinya.

Walaupun terdapat banyak perkara untuk disampaikan, namun mencari perkataan dan ayat yang sesuai dan juga mengandungi rasa empati, adalah amat sukar sekali kini. Mencari-cari dimanakah al-Hikmah di dalam diri.

Allah...

Mungkinkah kerana fikir yang kini sering bercelaru pada perkara yang tidak perlu. Atau zikir yang sudah jarang sekali beralun merdu...

Walaupun sering membaca (input), namun payah sekali memproses bahan bacaan tersebut agar dapat keluar menjadi sesuatu (output) yang berguna... Dikeluarkan dalam bentuk penulisan, lisan, apatah lagi perbuatan...

Adakah masalahnya terletak pada akal, atau berpunca dari hati? Akal kerana jarang berfikir? Atau hati yang sering melupai zikir?

Adakah saya kini semakin berjauhan dari Tuhan?

Ya Allah...
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka”
Ali 'Imraan (3) : 190-191

Allah...

Jarang sekali kini saya melihat dengan mata dan hati akan kejadian Tuhan di langit dan bumi. Jarang sekali kini memerhatikan dengan mata dan hati akan kebesaran Allah dan melihat kekerdilan diri, lantas menyebut dan mengingati Allah Yang Maha Besar tatkala berdiri, duduk mahupun ketika terbaring...

Allah..

Mungkin itu silapnya. Saya hanya membaca untuk menambah tahu, bukan untuk mengenal. Saya melihat untuk mengetahui bukan untuk mengenali. Saya bertanya hanya untuk menghilangkan ragu bukan untuk merapati.

Tahu dan kenal itu ada garis pembeza antara keduanya. Tahu itu hanya pada akal, tetapi kenal itu menggunakan hati.

Walau berbeza namun saling berhubungan, tidak dapat dipisahkan...

Teringat pada ayat Allah dalam kitab yang mulia :

"Allah menganugerahkan al Hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Quran dan As Sunnah) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan barangsiapa yang dianugerahi Hikmah itu maka sesungguhnya ia benar-benar telah dianugerahi kebaikan yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)."
Surah Al-Baqarah (2) : 269

Imam Ibn Qayyim ada menyebutkan bahawa "Apabila hati dihidupkan dengan tazakkur, disuburkan pula dengan tafakur dan dibersihkan daripada kekotoran, nescaya ia akan melihat perkara-perkara menakjubkan dan diilhamkan hikmah kepadanya".
(Al-Fawa'id : 128)

Al-Hassan berkata : "Sesungguhnya ahli bijaksana sentiasa menyilih-gantikan antara zikir dan berfikir, sehingga hati mereka menjadi subur, lantas mereka dapat bercakap dengan perkara yang berhikmah".
(Ihya' Ulum Al-Din : 5/6)

Allah...

Betapa jauhnya saya ini dari menggapai al-Hikmah yang dicari...

Biarlah hikmah berbicara di dada kehidupan justeru fikir dan zikir apabila bersatu dan bersepadu, akan muncullah makrufat, kebaikan dan kebajikan pada diri dan masyarakat. Fikir dan zikir itu ada buahnya – ilmu dari fikir itu buahnya amal, iman dari zikir itu bukan hanya angan-angan dan harapan!


Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Picture

Picture