Carian Anda

Selamat Datang...

Dengan lafaz Bismillah saya mulakan bicara...
Doakan semoga dikurniakan ilham dan kemudahan...

Musim untuk mengumpul duit. Mari mula menabung.

Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H


Selamat Hari Raya Aidilfiti 
1 Syawal 1432H
30 Ogos 2011

Kepada semua sahabat handai dan pengunjun di blog ini:
Saya mengambil peluang untuk memohon maaf Zahir dan Batin andai ada yang terguris dan terasa sepanjang perkenalan kita.
Saya juga mewakili keluarga saya mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada seluruh saudara-mara, sahabat-sahabat dan jiran tetangga.
Kullu 'am wa antum bikhoir

Daripada : Ainuddin & keluarga


Perkongsian darimu, bermakna buatku. 
Terima kasih.

Tuesday, September 14, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri.....


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431 H

MOHON AMPUN ZAHIR & BATIN

MINTA MAAF MINDA & JIWA

- http://berdiridisini.blogspot.com

Tuesday, December 16, 2008

Perang di UMS



Pada hari raya kedua, saya membantu mengerjakan lembu korban di UMS pula. Lembu nombor 4 adalah di bawah kendalian saya, Faez, Syabri dan beberapa kakitangan UMS.

Kalau di Kg Luanti Baru saya berhadapan dengan lembu betina yang sedang mengandung, di sini kami melapah pula seekor lembu jantan yang sederhana besar.

Dengan berbekalkan pengalaman yang baru ditimba di Kg. Luanti Baru, Faez bertindak mengetuai proses mengeluarkan perut dan organ dalaman yang lain sambil saya dan kakitangan yang lain membuang kulit dan memotong lembu berkenaan kepada beberapa bahagian yang lebih kecil.

Setelah selesai, kami berehat sebentar sebelum diminta untuk membasuh tulang-tulang dan daging-daging yang akan dimasak untuk hidangan jamuan nanti.

Pembersihan penuh teliti yang melalui beberapa peringkat penyucian ini menghasilkan daging yang bersih dan sihat untuk di makan.

Tengah harinya, santapan kami adalah nasi putih dengan berlaukkan ayam masak merah, daging masak kicap, acar, sayur kubis dan semestinya sup tulang.



Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah.
Surah An-Nahl (16) : 114







Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Senduk dan Periuk...


"Cube rase sup tuh...", kata Mus kepada saya.

Saya bergerak menghampiri sup yang sedang dimasak, menyenduk sedikit daripada sup tersebut dan merasanya.

"Uih... Cam air kosong la rase dier", saya menyuarakan pendapat.

"Tambah garam lagi nih. Letak gula gak. Lepas tuh tambah sikit ajinomoto nih", Mus yang bertindak sebagai ketua chef memberikan arahan sambil tangannya sibuk menghiris bawang untuk ditumis.

"Affirmative", balas saya sambil melakukan aksi-aksi yang disuruh oleh Mus. Setelah semua bahan tadi disemadikan dan disebatikan ke dalam periuk, saya merasa semula bahan eksperimen kami.

"Em.. Barulah ade rase sup..", saya mengangguk-ngangguk.


"Chef, nape jernih je sup dier"


Setelah pulang dari Kampung Luanti Baru, malamnya kami memasak sup dengan tulang dan daging sembelihan yang kami terima.


Mus dilantik sebagai ketua chef kerana pengalamannya yang selalu melihat keluarganya menyediakan sup. Saya, Faez, Nasir dan sekali-sekala Hafiz dan Nije pula bertindak sebagai pembantu dalam menyediakan sup ini..


Hasilnya...


Sup sekuali penuh itu habis dalam masa 24 jam sahaja.




Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.
Surah Al-Maidah (5) : 88




Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Cemas di Malam Raya...

Antara peristiwa yang ingin dikongsikan di sini adalah peristiwa malam raya. Sewaktu kami kebosanan menantikan mata terlelap, saya mengambil keputusan untuk keluar mencari ais krim 20 sen bagi di kedai-kedai yang berhampiran. Setelah mengemukakan cadangan ini, seramai 4 orang lagi ahli rombongan yang ingin menyertai misi ini.

Saya, Mat Noor, Nasir, Hafiz dan Faez bertindak mencari kedai runcit berdekatan bagi menyempurnakan misi ini. Faez mengambil kesempatan ini untuk memandu kereta Kancil yang disewa sebagai latihan memandu. Hafiz pula bertindak sebagai guru memandu, duduk bersebelahan Faez.

Saat yang mencemaskan bermula sewaktu Faez hendak membuat pusingan U. Dengan jalan yang sempit dan di kiri dan kanan adalah longkang yang dalam, Faez cuba melakukan pusingan U dengan yakin dan bersahaja.

Kereta dibelokkan ke kanan menyebabkan kereta tersebut melintang merentasi jalan. Kemudian kereta diundurkan ke belakang sedikit untuk mendapatkan jarak. Namun, dengan kawalan 'clutch' dan minyak yang masih rendah, hampir sahaja Faez membawa kami meneroka longkang di belakang kami. Hafiz yang disebelahnya terjerit-jerit sambil dengan pantas menarik 'handbreak'. Kami yang duduk di bahagian belakang kereta, memaut apa yang dapat dicapai untuk menunjukkan betapa cemasnya kami pada waktu itu.

Ia tidak sekadar terhenti di situ sahaja. Keadaan menjadi lebih genting apabila Faez mengambil masa yang agak lama untuk memulakan semula pergerakan kereta. Dengan keadaan kereta yang melintang, kami hanya bermohon agar tiada kenderaan yang akan melalui jalan ini buat masa ini.

Namun harapan kami tidak dimakbulkan apabila cahaya sebuah kenderaan bersinar-sinar dari kejauhan. Saya, Hafiz dan Mat Noor mengeluarkan semua petua yang ada untuk memangkinkan Faez agar mempercepat pergerakan kereta. Dengan izin Tuhan dan cemasnya Faez, kereta kami bergerak tanpa mati dan sempat memasuki lorong yang sepatutnya sebelum kenderaan tadi melintasi kami.

Bersyukur pada Tuhan, kami selamat sampai semula ke Masjid Amal. Walaupun telah mengalami pengalaman yang cemas ini, hajat untuk memakan ais krim 20 sen tidak juga kesampaian. Nasib.... Nasib....



Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Surah Al-Ankabut (29) : 2



Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Bersama di Raya Pertama...

Tenung-renung,


"Rasenye biotek kene buat satu blog la....", saya bersuara. Daripada 10 orang pelajar UMS yang mengikuti rombongan ke Kampung Luanti Baru ini, 8 daripadanya adalah dari pelajar Bioteknologi. Amal Jamaie... Majoriti...

Mus, Nije dan Alias mengangguk-nganggukkan kepala. Nasir pula asyik memerhati pemandangan sekeliling.

Hafiz, Tengku, Faez, Mat Noor dan Pudin pula di kereta yang lain meluncur laju di hadapan kereta kami. Kami yang terlibat.


Bergambar di Kundasang...

Hari Raya Eiduladha pada kali ini kami sambutnya di Masjid Amal, Kampung Luanti Baru bersama Yayasan Amal. Di sini, sebanyak 3 ekor lembu yang dikorbankan dan kami diminta menolong menguruskan sembelihan di sini.

Bergambar sebelum penyembelihan.


"...Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya."


Surah Al-Maidah (5) : 2


Dengan kekuatan tenaga kerja 10 orang dan pisau RM2.50 sebanyak 4 bilah, kami menguruskan seekor lembu yang telah disembelih. Orang kampung yang lain pula menguruskan lagi 2 ekor lembu.

Kami ada juga membawa balik tulang lembu dan sedikit daging untuk dimasak apabila sampai di UMS nanti.

Banyak juga peristiwa menarik, mendebarkan, merunsingkan, menyedihkan dan menggirangkan berlaku sepanjang perjalanan kami.


Di rumah Azizul...


Dalam perjalanan pulangnya pula, kami singgah sebentar di rumah Azizul di Kundasang dan rumah Abang Fairuz Tuaran. Makan 'free'....

Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah.

Surah Al-Baqarah (2) : 172


Antara peristiwa yang sempat dirakam sepanjang hari raya...

Lembu yang kami uruskan, rupanya sedang mengandung...
Ini adalah janin yang telah dikeluarkan....





Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Saturday, December 6, 2008

Selamat Hari Raya Eiduladha..

SELAMAT HARI RAYA EIDULADHA

KEPADA SELURUH UMAT ISLAM


KHUSUS BUAT KELUARGA, SANAK SAUDARA DAN TEMAN-TEMAN

BUAT AYAHANDA DAN ADINDA-ADINDA KU

MAAFKAN KERANA TIDAK DAPAT BERSAMA DI HARI RAYA INI

JUGA BUAT IBUNDA KU

SEMOGA SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJIMU

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR

WA LILLAHILHAMD






Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Sunday, November 23, 2008

Salam AidilAdha 1429 H


Selamat Jalan dan Selamat Menunaikan Kewajipan Haji.

Kepada Seluruh Jemaah Haji 1429H.


Semoga Beroleh Haji yang Mabrur.

Semoga Aman Pergi dan Selamat Kembali.



Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Thursday, October 9, 2008

Salam Eidul Fitr Al-Mubarak

Kad Raya ciptaanku...



Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Picture

Picture