Carian Anda

Selamat Datang...

Dengan lafaz Bismillah saya mulakan bicara...
Doakan semoga dikurniakan ilham dan kemudahan...

Musim untuk mengumpul duit. Mari mula menabung.

Showing posts with label Pesanan Ringkas. Show all posts
Showing posts with label Pesanan Ringkas. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

Bertahanlah...


"Kawan-kawan kat sekolah ana semua macam tak percaya bile ana cakap yang ana tak pernah jumpa-jumpa dengan zaujah ana sebelum kahwin", cerita seorang teman.

Saya tersenyum mendengar cerita teman saya itu. Dia merupakan seorang ustaz di sebuah sekolah menengah.

Dia yang masih hangat dengan status pengantin baru itu tidak lekang dengan senyuman yang senantiasa menyimpul di bibir. Bagaikan orang yang menggenggam pelangi berwarna-warni...

Perbicaraannya pun menjadi semakin kerap tentang hal-hal berkenaan perasaan dan kekeluargaan. Dan ia sungguh... lain... dari kebiasaannya sebelum ini...

"Ade sorang cikgu tu tanye kat ana, tak teringin ke nak jumpe dengan dia?", katanya lagi.

Dan dengan nafas yang baru dia menyambung ceritanya, "Ana jawab senang je. Memang teringin, tapi tahanlah", dia menghabiskan ceritanya.

Saya dan beberapa sahabat yang turut sama mendengar, menyambut ceritanya dengan ketawa kecil.

Dan peristiwa ini masih saya lagi ingati hari ini. Kerana pada peristiwa ini, ada perkara penting yang dikatakan oleh teman saya ini.


Ya... Tidak ada cara lain untuk menundukkan nafsumu. Bersabarlah dan berTAHANlah...


Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Friday, July 9, 2010

Tahan Marah...


"ARGHHHH!!! MARAHNYA AKU!!", jerit pemuda berkemeja biru lembut itu secara mengejut.

Akibat dijerut perasaan terkejut...

Mak cik bertudung tetapi terkeluar jambul berbau limau purut, terlatah melalut-lalut.

Bayi yang lena dibalut selimut, meledakkan tangisannya dengan runut yang bagaikan ribut.

Ibunya pula bereaksi kalut, sambil mengurut-urut kepalanya yang berdenyut.

Pramugari dengan rambut bersanggul siput, tertumpahkan air asam kecut pada lelaki yang segak mengenakan sut.

Lelaki kedekut dengan dokumen-dokumen penting yang disimbahi air asam kecut, mencungap tersedut-sedut diserang semput.

Remaja berseluar jean koyak di lutut, tak henti-henti mulutnya mencarut yang tak patut.

Lelaki tua berjanggut sejemput yang tidur di suatu sudut, terjaga lantas meracau entah apa yang disebut.

Dan dalam keadaan yang berserabut, dua gadis yang tidak bersangkut paut terkentut sambut-menyambut dilanda sakit perut.

Yang lain pula, dahi mereka menyahut berkerut seperti menuntut hutang yang tarikh luputnya telah larut.

Penerbangan AK5634 yang sedang merentasi laut, seluruhnya menjadi kelam-kabut.


Marah...

Apakah marah itu?

Menurut Abdul Qadir Abu Thalib, marah merupakan reaksi dari suatu keadaan dan cenderung menimbulkan tindakan-tindakan pelanggaran.

Marah adalah titik didih hati dan pergolakan jiwa untuk melakukan tindakan pembalasan. Maka, apabila faktor-faktor yang menyebabkan marah muncul, rasanya susah bagi seseorang untuk mencegah dirinya daripada marah atau pun mengekangnya.

Namun, marah adalah naluri fitrah manusia. Dan kerana itu, marah boleh dilorongkan kepada salah satu dari dua jalan. Sama ada pada ketaatan kepada Allah s.w.t atau pun pada mengikut bisikan syaitan...

Justeru secara umumnya, marah ini dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu marah yang terpuji dan marah yang dicela.

Marah Yang Terpuji

Marahnya adalah semata-mata kerana Allah s.w.t., RasulNya dan agama. Marahnya diletakkan dibelakang syariat ketetapan Allah s.w.t. Marah seperti ini disebut sebagai marah yang terpuji kerana marahnya itu tidak didorong oleh bisikan syaitan dan desakan hawa nafsu yang dapat melahirkan tindakan yang terburu-buru. Marahnya itu masih dapat membuatkannya untuk berfikir terlebih dahulu akan tindakan yang bakal diambil. Marah ini tidak lahir dari rasa benci. Ia tidak menjauhi tetapi mendekati.

Baginda Rasulullah s.a.w. pernah berdoa kepada Allah s.w.t. seperti mana yang direkodkan oleh Imam Muslim yang berbunyi :

"Sesungguhnya, Muhammad adalah manusia yang boleh marah seperti manusia lainnya. Dan sesungguhnya aku telah berjanji kepadaMu da tidak akan Engkau langgar.Orang mukmin manapun yang aku sakiti, yang aku caci atau aku rotan, maka jadikanlah itu semata-mata sebagai penebus dosa dan sebagai jalan baginya untuk mendekatkan diri kepadaMu."
HR Muslim


Marah Yang Dicela

Marahnya timbul kerana bisikan syaitan dan dorongan hawa nafsu atau adanya kepentingan peribadi yang terhalang. Kesan marah yang sebegini boleh menyebabkan kedengkian atau membuatkannya menyimpan pelbagai jenis keburukan di dalam hati. Apabila marah sebegini menguasai akal dan hati, maka bicaranya menjadi kotor, perilakunya diluar kawal. Marah sebegini hanya membawa kepada penyesalan.

Walaupun marah dapat dikategorikan kepada dua, namun kebanyakan marah itu jatuh ke dalam kategori yang kedua.

Maka, beruntunglah orang-orang yang mendahulukan sabarnya...


"Seorang yang kuat bukanlah orang yang menang dalam bertumbuk. Akan tetapi, orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan dirinya ketika marah."
HR Bukhari dan Muslim



A Story About a Saint and His Disciples

A saint asked his disciples, "Why do we shout in anger? Why do people shout at each other when they are upset?

The disciples thought for a while. One of them said, "because we lose our calm".

"But why shout when the other person is just next to you?", "Isn't it possible to speak to him or her with a soft voice? Why do you shout at a person when you're angry?".

The disciples gave some other answers but none satisfied the saint.

Finally, the saint explained,"When two people are angry at each other, their heart distance a lot. To cover the distance they must shout to be able to hear each other. The angrier they are, the stronger they will have to shout to hear each other through that great distance".

Kesan


Marah dapat melahirkan tindakan luar jangka. Marah mampu menyebabkan dendam yang membara. Marah boleh menebarkan kebencian yang membuatkan syaitan terus-terusan ketawa.

Marah membutakan mata, memekakkan telinga, menutup fungsi akal dan mematikan jiwa.

Benarlah kata-kata Cato:

"An angry man opens his mouth and shut up his eyes"

Benar juga kata-kata bijak pandai:

"Anger blows out the lamp of the mind"


Maka apabila dikuasai marah, tekanlah butang berhenti (SABAR) dalam diri dan DIAM.

Speak when you are angry, and you'll make the best speech you'll ever regret.


Perkongsian darimu, bermakna buatku.  
Terima kasih.

Monday, June 22, 2009

Tazkiyatun Nafs

"Kau pergi tak petang nih..."

"Pegilah.. Bukan wajib ke? Ha, ko jangan nak lari!"

Peristiwa yang berlaku sewaktu saya di tingkatan dua ini terimbau kembali. Terimbau secara tiba-tiba. Anda juga pasti pernah teringatkan sesuatu secara tiba-tiba bukan? Jika pernah, maka maknanya kita adalah normal.

Oklah, kita sambung balik cerita.

Saya masih ingat lagi bahawa pada ketika itu, semua 'pelajar luar' perlu untuk mengikuti satu pengisian luar kelas selepas waktu persekolahan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Pengisian rohani ini dikendalikan sendiri oleh ustaz-ustaz sekolah saya.

Saya berterima kasih kepada mereka untuk ini.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah makna 'pelajar luar' yang saya maksudkan. Adakah mereka ini pelajar yang menumpang di sekolah lain kerana bangunan sekolah mereka dimasuki anjing? Atau adakah mereka ini pelajar yang dianak tirikan? Atau adakah mereka ini pelajar luar bandar?

Baiklah... Sebelum imaginasi anda pergi terlalu jauh, saya ceritakan perihal mereka yang digelar 'pelajar luar' ini terlebih dahulu.

Ceritanya berbunyi begini...

Termaktublah sudah sekolah saya adalah sebuah sekolah berasrama harian. Dengan dari itu, tidak semua pelajarnya tinggal di asrama. Ada yang berulang-alik dari rumah ke sekolah. Yang tinggal di asrama sinonim dengan panggilan 'pelajar dalam' dan sebaliknya pula bagi pelajar yang tidak tinggal di asrama, lebih diertikan sebagai 'pelajar luar'.

Dan begitulah ceritanya...

Dan sekadar perkongsian kepada anda, saya merupakan pelajar luar sedari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 dan memasuki asrama semenjak tingkatan 4 hinggalah tingkatan 5.

Pengisian ini diberi nama sebagai "Tazkiyatun Nafs". Tazkiyatun Nafs ini maksudnya penyucian diri... Jadi, berdasarkan namanya sahaja saya rasa anda dapat menjangkakan tujuan dan objektif umum pengisian ini.

Program ini berbentuk usrah yang dikendalikan oleh ustaz sekolah saya. Cuma saya sahaja yang pada waktu itu belum lagi mengerti bahwa apa yang ustaz saya itu lakukan adalah sebuah usrah. Saya hanya menganggapnya sebagai suatu bentuk pengisian rohani yang biasa...

Masih naif lagi masa itu.

Walau bagaimanapun, itu bukanlah objektif utama penulisan saya pada kali ini. Apa yang saya ingin kongsikan sebenarnya adalah pada waktu inilah saya dikenalkan dengan sebuah penulisan Al-Marhum Ustaz Syeikh Fathi Yakan yang popular. Ia adalah makalah yang bertajuk "Apa Erti Saya Menganut Islam" atau ما ذا يعنى إنتمائي للإسلام . Dan ia dijadikan rujukan utama dalam usrah kami ini.

Kini, 9 tahun telah berlalu...

Saya benar-benar bersyukur kerana telah didedahkan dengan satu penulisan yang sehingga kini masih menjadi rujukan bagi sebahagian besar usrah terutamanya yang masih berada di marhalah ta'aruf. Bertambah-tambah lagi kesyukuran saya kerana telah didedahkan seawal waktu itu.

Alhamdulillah...



13 jun 2009, 09:51:55pm

Saya menerima satu pesanan ringkas daripada seorang sahabat yang juga seorang rakan seperjuangn di universiti yang berbunyi :


"Salam..brte y bru dtrima drpd syria.. ALFATIHAH kpd tokoh gerakan Islam y sgt kta segani sheikh fathi yakan telah mnnggal dunia sbntar td.."


Saya terkesima dan seakan-akan tidak mempercayai berita tersebut. Anda juga pasti telah mengetahui akan berita ini, bukan?

Saya pada ketika itu sedang berada di Batu Pahat, Johor bersama-sama keluarga serta sanak saudara sempena majlis perkahwinan seorang sepupu perempuan saya. Keletihan membasuh pinggan, mangkuk serta perkakasan kenduri petangnya tadi masih lagi terasa. Ditambah lagi dengan keadaan badan yang dirasakan seakan-akan mahu demam, membuatkan sukar bagi saya untuk berfikir.

Atas faktor ini maka, saya tidak melakukan apa-apa untuk memastikan kesahihan berita tersebut. Namun, saya tetap membacakan Al-Fatihah di dalam hati.

Selepas beberapa hari atau lebih tepatnya pada hari Selasa, barulah saya mendapatkan kesahihan berita ini menerusi internet... Sedih rasanya pada ketika itu, malah begitu juga kini.

Dunia telah kehilangan seorang mujahid... Kembalinya ke rahmatillah, satu kehilangan besar buat perjuangan ini. Walaupun seminggu sudah pemergiannya, ia masih lagi terasa. Membaca latar belakangnya sahaja sudah mampu membuatkan saya terasa amat jauh dari perjuangan sebenar.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga roh Al-Marhum Dr. Fathi Yakan ditempatkan di kalangan para solihin dan siddiqin.
Al-Fatihah buat beliau.





"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki."


Surah Ali 'Imran (3) : 169

Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Picture

Picture