Alhamdulillah... Allah masih memanjangkan umur ini untuk terus menyempurnakan Ramadhan kali ini. Hari ini adalah hari terakhir Ramadhan bagi tahun 1430H ini. Semoga segala amalan akan diterima oleh Allah.
Malam Ramadhan ke-28 yang lalu telah selamat diadakan majlis khatam Quran di masjid berdekatan. Alhamdulillah, kami peserta-peserta tadarus Al-Quran telah menyempurnakan 30 juz Al-Quran beberapa hari sebelum majlis berkenaan.
Dan jumlah kehadiran saya adalah 19/26.
7 malam saya tidak dapat bersama-sama.
7 malam yang pelbagai dengan cerita.
Iktikaf Perdana
Masjid tersebut juga turut mengadakan Iktikaf perdana selama satu hari, bermula dari malam Ramadhan ke-27 hinggalah ke malam Ramadhan ke-28. Namun, saya tidak berkesempatan untuk mengikutinya...
Turut sama diadakan sedikit pameran kesedaran untuk jemaah masjid yang hadir bersolat. Pameran bagi memperingati kesusahan yang sedang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Palestin, bumi Anbiya'.
Iktikaf dan pameran ini adalah anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Negeri Sembilan dengan kerjasama pihak masjid. Tahniah saya ucapkan kepada pihak penganjur atas usaha murni ini.
Memburu Lailatul Qadr
Harapan
Semoga Allah Subhanahu wa Ta’aala menerima baik segala ibadah dan kebajikan yang dilakukan di sepanjang bulan Ramadhan kali ini dengan sebaik-baik penerimaan serta ganjaran. Mudah-mudahan kita semua dipertemukan lagi dengan Ramadhan berikutnya, ameen.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1430H.
Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.