Hari ni selepas solat Zohor, saya dengan Din merancang untuk 'upgrade'kan bilik kami.
Bilik kami adalah dua entiti yang berbeza. Saya tinggal di bilik 'single', begitu juga Din. Yang seronoknya adalah kami berjiran dan pintu biliknya bertentangan dengan bilik saya.
Suatu hari, Din memberikan cadangan untuk bergabung bilik...
Bilik saya adalah untuk tidur dan makan.
Biliknya adalah untuk 'STUDY'.
Tersenyum saya semasa mendengar ideanya itu... 'Boleh tahan gak idea Din ni', hati saya berbisik... "Jadi bile kite nak stat ubah suai?". Saya mengemukakan pertanyaan untuk memulakan perancangan...
"Pegang sana tu..." kata Din sambil bersedia untuk memaku... Sebuah meja ala-ala Jepun dibina untuk tujuan pembelajaran kami. Itulah antara projek kami pada hari ini. Perancangan direalisasikan....
"Allahuakbar Allahuakbar..." azan Maghrib berkumandang. "Din buka dulu jom...". Kami meninggalkan kerja kami untuk berbuka. Juadah kami adalah kuih raya yang masih berbaki beberapa ketul dengan dibantu air kosong kurang manis untuk memudahkannya melalui esofagus kami. Saya memandang sekeliling sambil mulut mengunyah tart nenas yang terhidang. Usaha kami sudah 98% siap. Baki 2% lagi itu kami tangguhkan dahulu.... Selepas makan, kami bersiap untuk mendirikan solat fardhu Maghrib.
Jam 7.15 malam. Saya menarik nafas lega kerana kerja penambah baikan telah selesai. Bilik yang bersepai kini berjaya disemai...
"Jom Din, Isya' !!". Kami meninggalkan bilik dan terus bergerak ke masjid.
Ya Allah,
Berikanlah aku kekuatan untuk terus istiqomah dalam agamaMu,
pada jalanMu, demi redhaMu...
Ya Allah,
Aku dan sahabatku berlindung dari rasa susah dan sedih,
Aku dan sahabatku berlindung dari rasa lemah dan malas,
Aku dan sahabatku berlindung dari sifat pengecut dan bakhil.
Ya Allah,
Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa berusaha,
Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bertawakkal,
Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa redha.
Ya Allah,
Berikanlah kami kejayaan di dalam peperiksaan kami....
"Arep, ana ade idea projek lain lagi...."
Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.