Carian Anda

Selamat Datang...

Dengan lafaz Bismillah saya mulakan bicara...
Doakan semoga dikurniakan ilham dan kemudahan...

Musim untuk mengumpul duit. Mari mula menabung.

Wednesday, December 24, 2008

Allah Berbicara Kepadamu Tentang Kasih-sayang



Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.
Surah Luqman (31) : 18 & 19


Daripada Thauban r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sekumpulan daripada umatku akan berterusan menzahirkan kebenaran. Walaupun terdapat orang yang mengecewakan (tidak membela dan menolong) mereka, sehinggalah tiba hari kiamat, mereka tetap dalam keadaan sedemikian."
HR Bukhari


Abu Hurairah melaporkan Rasulullah bersabda, "Allah yang mulia dan tinggi berkata, 'Aku seperti yang disangka oleh hambaku dan aku sentiasa bersamanya setiap kali dia mengingatiku. Demi Allah, Allah benar-benar gembira menerima taubat hambanya, lebih gembira daripada saudara yang menjumpai barangnya yang hilang di padang pasir. Siapa yang datang dekat kepadaku sejengkal, aku datang dekat kepadanya sehasta. Siapa yang datang dekat kepadaku sehasta, aku datang dekat kepadanya sedepa. Apabila dia datang berjalan kepadaku, aku datang berlari-lari kepadanya.'"
HR Bukhari & Muslim


Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad pernah bersabda, "Percayalah, pada Hari Kiamat nanti Allah akan berkata, 'Mana dia orang-orang yang saling kasih-mengasihi demi keagunganku? Pada hari ini mereka itu akan kuberi naungan, sedangkan pada hari ini tiada naungan kecuali naunganku.'"


Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi."
Surah Al-A'raaf (7) : 23











Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Tuesday, December 16, 2008

Perang di UMS



Pada hari raya kedua, saya membantu mengerjakan lembu korban di UMS pula. Lembu nombor 4 adalah di bawah kendalian saya, Faez, Syabri dan beberapa kakitangan UMS.

Kalau di Kg Luanti Baru saya berhadapan dengan lembu betina yang sedang mengandung, di sini kami melapah pula seekor lembu jantan yang sederhana besar.

Dengan berbekalkan pengalaman yang baru ditimba di Kg. Luanti Baru, Faez bertindak mengetuai proses mengeluarkan perut dan organ dalaman yang lain sambil saya dan kakitangan yang lain membuang kulit dan memotong lembu berkenaan kepada beberapa bahagian yang lebih kecil.

Setelah selesai, kami berehat sebentar sebelum diminta untuk membasuh tulang-tulang dan daging-daging yang akan dimasak untuk hidangan jamuan nanti.

Pembersihan penuh teliti yang melalui beberapa peringkat penyucian ini menghasilkan daging yang bersih dan sihat untuk di makan.

Tengah harinya, santapan kami adalah nasi putih dengan berlaukkan ayam masak merah, daging masak kicap, acar, sayur kubis dan semestinya sup tulang.



Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah.
Surah An-Nahl (16) : 114







Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Senduk dan Periuk...


"Cube rase sup tuh...", kata Mus kepada saya.

Saya bergerak menghampiri sup yang sedang dimasak, menyenduk sedikit daripada sup tersebut dan merasanya.

"Uih... Cam air kosong la rase dier", saya menyuarakan pendapat.

"Tambah garam lagi nih. Letak gula gak. Lepas tuh tambah sikit ajinomoto nih", Mus yang bertindak sebagai ketua chef memberikan arahan sambil tangannya sibuk menghiris bawang untuk ditumis.

"Affirmative", balas saya sambil melakukan aksi-aksi yang disuruh oleh Mus. Setelah semua bahan tadi disemadikan dan disebatikan ke dalam periuk, saya merasa semula bahan eksperimen kami.

"Em.. Barulah ade rase sup..", saya mengangguk-ngangguk.


"Chef, nape jernih je sup dier"


Setelah pulang dari Kampung Luanti Baru, malamnya kami memasak sup dengan tulang dan daging sembelihan yang kami terima.


Mus dilantik sebagai ketua chef kerana pengalamannya yang selalu melihat keluarganya menyediakan sup. Saya, Faez, Nasir dan sekali-sekala Hafiz dan Nije pula bertindak sebagai pembantu dalam menyediakan sup ini..


Hasilnya...


Sup sekuali penuh itu habis dalam masa 24 jam sahaja.




Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.
Surah Al-Maidah (5) : 88




Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Cemas di Malam Raya...

Antara peristiwa yang ingin dikongsikan di sini adalah peristiwa malam raya. Sewaktu kami kebosanan menantikan mata terlelap, saya mengambil keputusan untuk keluar mencari ais krim 20 sen bagi di kedai-kedai yang berhampiran. Setelah mengemukakan cadangan ini, seramai 4 orang lagi ahli rombongan yang ingin menyertai misi ini.

Saya, Mat Noor, Nasir, Hafiz dan Faez bertindak mencari kedai runcit berdekatan bagi menyempurnakan misi ini. Faez mengambil kesempatan ini untuk memandu kereta Kancil yang disewa sebagai latihan memandu. Hafiz pula bertindak sebagai guru memandu, duduk bersebelahan Faez.

Saat yang mencemaskan bermula sewaktu Faez hendak membuat pusingan U. Dengan jalan yang sempit dan di kiri dan kanan adalah longkang yang dalam, Faez cuba melakukan pusingan U dengan yakin dan bersahaja.

Kereta dibelokkan ke kanan menyebabkan kereta tersebut melintang merentasi jalan. Kemudian kereta diundurkan ke belakang sedikit untuk mendapatkan jarak. Namun, dengan kawalan 'clutch' dan minyak yang masih rendah, hampir sahaja Faez membawa kami meneroka longkang di belakang kami. Hafiz yang disebelahnya terjerit-jerit sambil dengan pantas menarik 'handbreak'. Kami yang duduk di bahagian belakang kereta, memaut apa yang dapat dicapai untuk menunjukkan betapa cemasnya kami pada waktu itu.

Ia tidak sekadar terhenti di situ sahaja. Keadaan menjadi lebih genting apabila Faez mengambil masa yang agak lama untuk memulakan semula pergerakan kereta. Dengan keadaan kereta yang melintang, kami hanya bermohon agar tiada kenderaan yang akan melalui jalan ini buat masa ini.

Namun harapan kami tidak dimakbulkan apabila cahaya sebuah kenderaan bersinar-sinar dari kejauhan. Saya, Hafiz dan Mat Noor mengeluarkan semua petua yang ada untuk memangkinkan Faez agar mempercepat pergerakan kereta. Dengan izin Tuhan dan cemasnya Faez, kereta kami bergerak tanpa mati dan sempat memasuki lorong yang sepatutnya sebelum kenderaan tadi melintasi kami.

Bersyukur pada Tuhan, kami selamat sampai semula ke Masjid Amal. Walaupun telah mengalami pengalaman yang cemas ini, hajat untuk memakan ais krim 20 sen tidak juga kesampaian. Nasib.... Nasib....



Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Surah Al-Ankabut (29) : 2



Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Bersama di Raya Pertama...

Tenung-renung,


"Rasenye biotek kene buat satu blog la....", saya bersuara. Daripada 10 orang pelajar UMS yang mengikuti rombongan ke Kampung Luanti Baru ini, 8 daripadanya adalah dari pelajar Bioteknologi. Amal Jamaie... Majoriti...

Mus, Nije dan Alias mengangguk-nganggukkan kepala. Nasir pula asyik memerhati pemandangan sekeliling.

Hafiz, Tengku, Faez, Mat Noor dan Pudin pula di kereta yang lain meluncur laju di hadapan kereta kami. Kami yang terlibat.


Bergambar di Kundasang...

Hari Raya Eiduladha pada kali ini kami sambutnya di Masjid Amal, Kampung Luanti Baru bersama Yayasan Amal. Di sini, sebanyak 3 ekor lembu yang dikorbankan dan kami diminta menolong menguruskan sembelihan di sini.

Bergambar sebelum penyembelihan.


"...Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya."


Surah Al-Maidah (5) : 2


Dengan kekuatan tenaga kerja 10 orang dan pisau RM2.50 sebanyak 4 bilah, kami menguruskan seekor lembu yang telah disembelih. Orang kampung yang lain pula menguruskan lagi 2 ekor lembu.

Kami ada juga membawa balik tulang lembu dan sedikit daging untuk dimasak apabila sampai di UMS nanti.

Banyak juga peristiwa menarik, mendebarkan, merunsingkan, menyedihkan dan menggirangkan berlaku sepanjang perjalanan kami.


Di rumah Azizul...


Dalam perjalanan pulangnya pula, kami singgah sebentar di rumah Azizul di Kundasang dan rumah Abang Fairuz Tuaran. Makan 'free'....

Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah.

Surah Al-Baqarah (2) : 172


Antara peristiwa yang sempat dirakam sepanjang hari raya...

Lembu yang kami uruskan, rupanya sedang mengandung...
Ini adalah janin yang telah dikeluarkan....





Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Saturday, December 6, 2008

Selamat Hari Raya Eiduladha..

SELAMAT HARI RAYA EIDULADHA

KEPADA SELURUH UMAT ISLAM


KHUSUS BUAT KELUARGA, SANAK SAUDARA DAN TEMAN-TEMAN

BUAT AYAHANDA DAN ADINDA-ADINDA KU

MAAFKAN KERANA TIDAK DAPAT BERSAMA DI HARI RAYA INI

JUGA BUAT IBUNDA KU

SEMOGA SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJIMU

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR

WA LILLAHILHAMD






Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Friday, December 5, 2008

Lembutkan Hati...

Nyaman pagi...



Akidah menjadi penekanan utama program Kembara Ilmiah anjuran JAKMAS KKIP.

Walaupun bilangan peserta tidaklah mencapai tahap mega, namun pengalamannya bermakna.

Pada awalnya, hajat di hati ingin mengikuti program ini hanya sebagai peserta sahaja.Namun, diminta menjadi fasilitator kerana kekurangan tenaga dan kerana pernah mengikuti program seumpama ini.

Bukan mudah memegang amanah sebagai fasilitator ini. Salah memberi, padah yang menanti. Namun segera menyedari bahawa tugas yang diberi bukanlah memaksa diri menjadi mufti. Sekadar memberi dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang pernah dilalui dalam program seperti ini sebelum ini. Memberi apa yang pasti dan mencari bersama apa-apa yang diragui.

Mengejutkan akal dan hati bahawa diri perlu lebih lapar dalam mencari.

Tugas sebagai fasilitator tidak diminta, namun terpaksa diterima. Walaupun awalnya memberontak dalam hati, namun perlahan-lahan hati meredhai.

Memandang gunung-gunung, pokok-pokok dan bintang-bintang di malam hari, melembutkan hati. Inilah kebesaran Ilahi. Siapalah diri untuk menafikan semua ini, lantas berkira untuk berbakti di jalan suci.




Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Do'a Sahabat...

Memantau...


"Pergi mana?", tegur seorang sahabat melihat saya bersungguh-sungguh berpakaian formal pada malam hari. Luar dari kebiaasan.

"Nak pergi Dewan Canselor", saya menjawab sambil membetulkan tali leher.

"Oh... Anta terlibat ke?", tanya sahabat itu lagi.

"A'ah", jawab saya ringkas.

"Ana doakan anta", katanya.

"Syukran", saya menjawab sambil tersenyum berlalu pergi.

Dalam perjalanan ke motor terserempak lagi dengan seorang sahabat yang lain.

"Pergi mana?", tegurnya.

"Nak pergi Dewan Canselor", saya menjawab.

"Anta terlibat?", tanya sahabat itu ingin tahu.

"A'ah", jawab saya ringkas.

"Jalan elok-elok..", katanya.

Saya tersenyum lagi...

Menjadi pemantau bagi Konsert Anuar Zain bukanlah tugas yang mudah dan yang diingini. Tugas kami secara umumnya adalah menjadi pemantau untuk memastikan janji antara penganjur kepada MPP universiti dipatuhi.

Kami adalah yang terpilih dan bukan atas keinginan. Lambakan assignment, laporan dan tugasan lain menanti di bilik lebih memerlukan perhatian. Namun, sedikit masa diperuntukkan bagi amanah ini.

Di sini bukanlah ingin melaporkan atau memberikan sebarang komen tentang konsert ini. Hanya sekadar ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang memberikan dorongan sepanjang perjalanan malaksanakan amanah. Walaupun sekadar kata-kata biasa, namun penuh bermakna.Walau tidak bersama, namun semangat tetap dirasa. Syukran.


Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Sunday, November 23, 2008

Salam AidilAdha 1429 H


Selamat Jalan dan Selamat Menunaikan Kewajipan Haji.

Kepada Seluruh Jemaah Haji 1429H.


Semoga Beroleh Haji yang Mabrur.

Semoga Aman Pergi dan Selamat Kembali.



Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Saturday, November 8, 2008

Kelahiran dari Penamatan

Salam...

Kini blog PKS dalam proses pembinaan...
Nantikan kelahirannya.
Di situ nanti akan dilampirkan semula semua warkah yang pernah dikeluarkan dan perkembangan terkini tin-tin yang dikumpulkan.

unitpks.blogspot.com


Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Monday, November 3, 2008

Annajah fil Imtihan


Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir semester I sesi 2008/2009.

Kepada seluruh warga UMS yang menghadapinya.

Doakan kejayaan kita bersama.





Perkongsiaan darim, bermakna buatku.
Terima kasih.

Antara SEDANG dan SELEPAS

"Assalamu'alaikum" Affan memberi salam

"Wa'alaikum as-salam" Uthman menyambutnya

"Dari mana?" Affan bertanya pula

"Dari cafe, beli sarapan cket..." Uthman menjawab penuh yakin.

"Oh.. kebetulan dah terjumpa ni nak tanya cket lah. Nape ye tak datang Diman tadi?" Affan bertanya lagi. kali ini terus kepada tanda (straight-to-the-point)

"Er... em... Lupe lah.... Tak ingat pulak... Abang tak kasi ingatkan saya..." Uthman berkerut dahinya.

"Sepatutnya Diman tu dah jadi macam makananan bagi kita. Kita tak perlu nak diingatkan tentang waktu makan kerana ia adalah keperluan dan bila lapar je terus kite cari makanan. Begitu juga dengan Diman. Tak perlu nak selalu diingatkan. Kita yang akan mencarinya jika merasakan ia adalah satu keperluan bagi diri kita. Masalah yang timbul adalah bila kita memandang ringan tentang keperluan Diman ni dalam mengisi rohani kita bagi membantu sepanjang perjuangan kita ni..." Affan memberikan sedikit pengisian berguna.

"...." Uthman hanya terangguk-angguk sahaja.

Biasa...

Antara salah satu butir bicara yang biasa antara seorang naqib dengan ahli Dimannya yang kurang konsisten dengan Diman.

Penekanan tentang keperluan Diman akan ditekankan andai naqib berhadapan dengan ahlinya yang bermasalah dari segi kehadiran ke Diman kendaliannya.

Tetapi saya percaya yang lain...

"Salam. Skng ad DG kawasan 1 & 2 kat blk Saifullah. Meh la dtg andai brklapangn bagi memeriahkan lagi majlis ni..."

SEND


(Andai kredit masih berbaki..)

Peringatan akan cuba saya sampaikan kepada semua ahli DG kawasan 1 & 2 tanpa memilih. Rapat atau kurang, baik atau terasa hati, semua sama. Tanpa memilih... Semua saya anggap terlupa atau tidak mengetahui, cuba untuk mengawal diri dari berburuk sangka. Walaupun saya bukan naqib, sekadar ahli yang BIASA.

Sebagaimana diri sendiri ingin selalu diingatkan sewaktu sedang terlupa atau terleka. Bukan ceramah panjang berjela SELEPAS berlakunya perkara yang dilupai dan dilekai. Tanpa tindakan dan peringatan ketika SEDANG berlakunya peristiwa.

Antara SEDANG dan SELEPAS...



Di hari yang lain.....

"Assalamu'alaikum" Ainuddin memberi salam

"Wa'alaikum as-salam" Affan menyambutnya

"Dari mana?" Ainuddin bertanya pula

"Dari cafe, beli sarapan cket..." Affan menjawab penuh yakin.

"Oh.. kebetulan dah terjumpa ni nak tanye cket lah. Nape ye tak datang DG tadi?" Ainuddin bertanya lagi. kali ini terus kepada tanda (straight-to-the-point)

"Er... em... Lupe lah.... Tak ingatkan.... Enta tak kasi ingatkan ana..." Affan berkerut dahinya.

"Sepatutnya DG tu.......


Aik....


Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.

Friday, October 24, 2008

Bergambar-gambaran

Gambar-gambar kempen dan rapat umum PRK sesi 08/09... Banyak lagi gambar yang cantek-cantek yang tidak diletakkan di sini kerana mereka tiada gambar saya...








"Ya Allah,
Berikanlah kepada kami kekuatan,
Jadikanlah kami hambaMu yang bersyukur..."



Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Picture

Picture