Carian Anda

Selamat Datang...

Dengan lafaz Bismillah saya mulakan bicara...
Doakan semoga dikurniakan ilham dan kemudahan...

Musim untuk mengumpul duit. Mari mula menabung.

Saturday, February 27, 2010

Ironi...

"Saya Murtad..." kata seorang lelaki dalam keadaan tenang.

"Kamu jangan main-main persoalan murtad!", bentak seorang pemuda berkopiah. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dilayangkan penumbuk dari tangan yang telah sedia dikepal.

"Ha...? Kenapa kamu tiba-tiba marah pada saya. Betullah apa yang saya cakap, saya Murtad..." balas lelaki itu semula.

Marah pemuda berkopiah itu semakin memuncak melihat keselambaan lelaki itu memberitahu bahawa dirinya murtad tanpa rasa bersalah. "Baik kamu mengucap semula sebelum saya pancung kepala kamu". Gigil pemuda berkopiah itu menahan marah makin menjadi-jadi.

"Kenapa pulak? Saya hanya memberitahu perkara yang benar. Saya hanya memberitahu bahawa nama saya adalah Murtad bin Abu dan saya adalah pejuang Islam sepenuh masa. Mana pulak salahnya sehingga saya perlu mengucap semula?", jawab lelaki itu kepada pemuda berkopiah.

"Allah!", sahut pemuda berkopiah sambil menepuk dahi. Tidak pernah terlintas bahawa dihadapannya adalah Murtad bin Abu. Seorang pejuang Islam dengan nama Murtad bin Abu. Sungguh ironi.

'Adakah bapanya tidak peka semasa memberikan nama kepada anakya ini. Atau adakah lelaki ini yang tidak pernah peka dengan nama yang dibawanya itu. Atau adakah orang disekelilingnya tidak pernah pun mengendahkan manusia bernama Murtad bin Abu ini?'

Pening kepala lelaki berkopiah memikirkan perihal perkara ini.


Namun, apalah ada pada nama...


Disebalik ISEUM (atau ISEUMS bagi jumlah yang banyak)


Isis


An Iseum, also spelled Isaeum, is a sanctuary (or temple) for the worshippers of the Greco-Roman god Isis. Isis was originally an Egyptian goddess who became hellenised. Many Iseums still exist today. They include the temple of Isis at Pompeii, a dedication at the Egyptian complex at Philae, and a scattering around modern-day Italy.

Modern Iseums are now being established internationally by the Fellowship of Isis.


"Iseum adalah tempat suci (kuil) bagi pemuja tuhan Isis. Isis merupakan Tuhan bagi Greco-Roman. Isis pada asalnya adalah dewi orang mesir yang kemudiannya telah melalui Hellenised (Yunani). Masih terdapat banyak Iseum yang wujud lagi kini. Ia termasuklah kuil Isis di Pompeii, kuil Isis di kompleks Mesir di Philae yang merupakan sebuah dedikasi serta kuil Isis yang bertaburan di sekitar Itali. Iseum-iseum moden kini sedang dikembangkan diperingkat antarabangsa oleh pengikut-pengikut Isis."

-Terjemahan bebas oleh Ainuddin
Rujukan : Wikipedia



Tample of Isis at Pompeii


An Iseum is a "Hearth of the Goddess" .

"Iseum adalah "Lantai Dewi" .
-Terjemahan bebas oleh Ainuddin


Perkongsian darimu, berharga buatku.
Terima kasih.

Thursday, February 18, 2010

Ceritera


Cerita ini bukan cerita sebenar. Bukan cerita motivasi atau cerita pengajaran buat diri. Juga bukan cerita rakyat mahupun hikayat. Hanya cerita yang dipahat dari tangan yang masih bertatih mencecah dakwat.


Asrama Sekolah

"Bang, nak biskut?", tanya seorang junior dari dorm sebelah.

"Wah! Boleh jugak. Ishk.. Ishk.. Baiknyer hati ko hari ni", balas saya sambil mencapai kepingan biskut yang dihulurkan. Baru sahaja beberapa minit bangkit dari lena, datang pula rezeki yang tidak disangka.

"Kat sebelah takde orang. Semua dah pergi prep, tinggal saye sorang je. Tuh yang datang jengok kat sini. Tengok-tengok ade orang..", balasnya sambil menguyah biskut Tiger perlahan.

"Eh! Dah waktu prep ke?", kata saya sambil menjeling ke arah jam dinding.

Jam 3.15 petang. 'Patutlah sunyi je..', detik hati saya.

"Ko tak pergi prep! Cis, baru tingkatan satu dah pandai bersifat nakal ye! ", bentak saya dengan mata terjengil persis seorang abang senior yang concern dengan kemaslahatan dan perihal adik-adik juniornya.

"Saya kurang sihat la bang.. Dah bagitau warden tadi", katanya dengan manik-manik keringat memenuhi dahi dan pipi yang kemerah-merahan.

'Patutlah berjaket siang-siang macam ni', desis hati saya. "Oh... takpe, takpe, dimaafkan...", saya memaafkannya bagaikan sayalah warden bertugas pada hari itu.

"Abang tak pergi prep ke?", tanyanya.

"Abang? Er.. Abang ye... Hm... Hah,tengok tuh! Cantiklah kipas tuh berpusing-pusing. Penuh seni...".



Asrama Matrikulasi

"AREP! AREP! AREP!" teriak seorang kawan saya dari kejauhan.

Saya terkejut. Mengapa? Sepertinya ada sesuatu yang serius telah berlaku dan memerlukan saya untuk menyelamatkan keadaan.

Bunyi derapan tapak kaki berlari-lari di koridor semakin jelas kedengaran. Semakin lama semakin hampir.

Akhirnya terjongol rakan saya di hadapan muka pintu bilik yang tidak tertutup itu dalam keadaan tercungap-cungap.

"AREP! AREP! AREP!", sambungnya.

"Kenape?", tanya saya. Cemas dan penuh rasa ingin tahu...

"Takde pape. Saje je nak jerit name ko sambil berlari-lari. Sehat.", jawabnya selamber.

Geram. Kalaulah dia itu lebih rendah, sudah lama saya jengahkan sekeh ke dahinya...

"Nak pinjam katil jap. Nak tido la. Bilik aku panas. Kipas slow giler...", pintanya.

Saya hanya mengangguk tersenyum.

"Nanti Asar kejutkan aku", pesannya ringkas sebelum menghanyutkan dirinya di katil orang.

Saya yang sedang menyiapkan laporan makmal pada waktu itu makin melebar senyuman melihat gelagatnya. "Ok..", balas saya kembali meneruskan kerja.

"Rep, ade budak pempuan kelas aku suruh ucap terima kasih...", katanya dalam keadaan mata terutup dan dengan sisa-sisa kesedaran yang masih berbaki.

Saya berkerut seribu. Tertanya-tanya siapakah gerangan yang mengucapkan terima kasih itu dan apakah bentuk pertolongan yang telah saya berikan...

Semalam saya ada tertidur di kelas tatkala semua guru bermesyuarat. Mungkinkah saya ada berjalan ketika tidur dan pergi ke kelas orang yang saya tolong itu lalu membantu menyelesaikan masalah matematik bahagian logaritma yang dihadapinya.

'Ah tidak mungkin...', hati saya menidakkannya sambil menggeleng-gelengkan kepala. Mana mungkin perkara ini berlaku kerana sewaktu saya sedang jaga pun belum tentu saya dapat menyelesaikan masalah logaritma saya sendiri.

Saya hanya tersenyum sendiri...

Saya berpaling untuk melihat kawan saya yang menumpang tidur di katil saya. Hampir terjatuh saya dari kerusi apabila melihat mukanya betul-betul dihadapan saya dengan dahi yang berkerut dan mulut yang menganga melihat saya...


Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Picture

Picture