Carian Anda

Selamat Datang...

Dengan lafaz Bismillah saya mulakan bicara...
Doakan semoga dikurniakan ilham dan kemudahan...

Musim untuk mengumpul duit. Mari mula menabung.

Sunday, July 4, 2010

Al-Fatihah Buatmu...


Pagi mu tenang di beranda rumah. Bertemankan secawan kopi panas, kau duduk di bangku menikmati pagi yang berlalu. Dan pagi beredar pergi lagi, namun beranda itu kini telah sepi...

Motor itu peneman mu yang menemani. Jarang sekali ia tidak berbunyi sehari. Bergerak perlahan mengelilingi kampung, untuk menziarahi mahu pun ke kedai kopi. Namun kini motor itu telah berhenti berbunyi, diletakkan di sudut rumah itu... Sendiri...

Rambutan di halaman, durian yang gugur, pisang yang berbuah, biasanya akan dikumpulkan di balik dapur olehmu. Buat anak cucumu yang pulang ke kampung. Namun kini, semua itu tiada lagi...

Selasa,
29 Jun 2010...

Saat kau pergi, anak-anakmu setia menanti. Membisikkan kalimah thoyyibah di sisi. Kalimah syahadah berulang kali. Moga pemergianmu dirahmatioleh Ilahi. Hanya doa, Al-Fatihah dan air mata dari kami, anak-anak dan cucu-cucumu yang mampu kami beri kini. Sebagai bukti kasih dan rindu kami.

Moga pengakhiranmu adalah pengakhiran yang baik. Moga kubur itu menjadi tempat rehatmu yang panjang. Dan moga kita berkumpul di syurga nanti...

Luahan 4 Julai 2010....


Perkongsian darimu, bermakna buatku.
Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Picture

Picture